Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang Dipertua PIBG atau Yang dipertua PIBG atau Yang Di pertua PIBG atau Yang DiPertua PIBG yang mana satu betul? terima kasihEjaan yang betul ialah Yang Dipertua PIBG.Ejaan16.10.2003
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-PertuaSaudara/saudari,

1. Rejimen Renjer Diraja

2. Yang Dipertua
Ejaan22.09.2012
Salam. Saya ingin bertanya, bagi persatuan di universiti, yang man satu betul penggunaanya. Yang Di-Pertua atau Yang Dipertua ataupun tidak kisah yang mana satu (dua-dua dibolehkan)?Bentuk Yang Dipertua digunakan dalam konteks Yang Dipertua majlis(pihak berkuasa tempatan), persatuan atau pertubuhan.Ejaan01.04.2015
YANG DIPERTUA (bagi sesebuah Majlis Perbandaran/Daerah di Malaysia) dalam Bahasa Inggeris.Menurut data kami, padanan istilah untuk Yang Dipertua ialah President. Sekian. Terima kasih.Istilah09.03.2017
Salam, Apakah kata sapaan yang betul untuk Menteri Pendidikan? Adakah Yang Amat Berhormat (YAB) ataupun Yang Berhormat (YB)? Terima kasih.Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;.

Oleh itu, panggilan kehormat untuk Menteri Pendidikan ialah Yang Berhormat.
Tatabahasa01.07.2014
memohon semakan penggunaan bahasa persuratan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran (YDP). Baru-baru ini telah mendapat gelaran Dato'. Oleh itu memohon semakan penggunaan Dato' Yang Dipertua didalam surat seperti di lampiran adalah betul atau salahLampiran tidak dapat dibuka.

Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Penyemakan dan penterjemahan24.09.2014
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019
Pengunaan gelaran untuk jawatan: Bila dan jawatan bagaimana yang sepatutnya menggunakan nama jawtan dalam oerganisasi, persatuan Kelab dsbnya berikut dan sebabnya: 1. Yang Dipertua 2. Pengerusi 3. Presiden Kedua, apakah perbezaan dan siapakah lebih tinggi/kanan dari segi hirarki bagi jawatan Naib dan Timbalan. serta organisasi,persatuan, kelab, majlis bagaimana boleh ujudkan jawatan tersebut.Menurut carian kami, Yang Dipertua, Pengerusi dan Presiden bermaksud orang yang dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan atau persatuan dan lain-lain. Jawatan tersebut boleh digunakan mengikut kesesuaian organisasi atau persatuan.
Lain-lain29.06.2019
saya ingin mengajukan soalan. adakah gelaran (YH Dato') perlu meletakkan noktah di sebelah YH. tersebut. ada mengatakan tidak perlu noktah. ada yang maklum perlu kerana adalah satu singkatan. mohon pencerahan. terima kasih.

Untuk makluman singkatan perkataan yang merujuk kepada "Yang Hormat (YH)" tidak ada. Gelaran yang betul ialah “Yang Berhormat (YB”) yang merupakan rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Walau bagaimanapun, orang yang bergelar “Dato'” atau “Datuk” tetapi bukan dalam kategori tersebut, disapa sebagai Yang Berbahagia (YBhg).

Makna09.10.2019
123

Kembali ke atas