Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.per.tuan] | دڤرتوان

Definisi : bangsa yg menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.per.tuan] | دڤرتوان

Definisi : dimuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut maklumat dari laman web ini (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Yang+Dipertuan), Yang Dipertuan bermaksud gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku. Bagaimanapun, menurut Koleksi Pedoman Bahasa 2 (https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/BPKhas/INSTRUKSIONAL/KOLEKSI_PEDOMAN_BAHASA_2.pdf), Yang Dipertuan dianggap salah ejaan. Dengan ini, kekeliruan telah berlaku dalam kalangan pelajar. Persoalannya, adakah frasa Yang Dipertuan dianggap betul atau salah?Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Sehubungan dengan itu, kandungan Koleksi Pedoman Bahasa 2 boleh digunakan sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang rasmi selain buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa08.06.2019
Mohon kerjasama pihak tuan menyenaraikan panduan bagi kata sendi nama `di’ yang telah diseragamkan oleh DBP bagi beberapa perkataan. Ini bertujuan mengelakkan kesilapan semasa menulis. Perlu juga dinyatakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil serta sama ada perlu meletakkan tanda sempang (-) bagi perkataan berikut. dipertuan Agong dipertuan Besar Negeri Sembilan dipertuan Negeri Pulau Pinang dipertua Dewan Perniagaan Melayu dipertua Dewan Rakyat, Negara dan Negeri Polis Di Raja MalaysiaUntuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan panduan secara khusus dan lengkap. Sunggupun demikian, tuan/puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kata sendi dan semua yang berkaitan dengan tatabahasa.Tatabahasa07.12.2017
Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan AgongEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan04.03.2016
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasihEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan01.10.2012
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ?Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan07.08.2014
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya.Tatabahasa26.08.2007
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum.Ejaan30.07.2008
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'?Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan RamadanEjaan01.12.2006
Apakah terjemahan kepada Her Majesty The Queen Mother, Her Majesty The Queen Dowager dan Princess Consort? Apakah maksud Ampuan? Apakah perbezaan ejaan Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan?

1.            DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau  Institut Terjemahan Negara  (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP.

2.            Gelaran yang lengkap ialah tengku ampuan, iaitu gelaran yang dikurniakan kepada permaisuri sultan, yang berdarah raja. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2324]

3.            Yang Dipertuan ialah gelaran dalam penulisan sastera klasik merujuk pada raya yang memerintah sesebuah negeri. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521]

4.            Gelaran yang lengkap ialah Yang di-Pertuan Agong yang digunakan untuk merujuk pada Ketua Negara Malaysia atau Yang di-Pertuan Besar yang digunakan untuk merujuk pada ketua negeri, Negeri Sembilan. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521]
Lain-lain16.03.2025
12

Kembali ke atas