Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertunjukkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
1. apa makna tatarias, ketel? 2. bagaimana nak bezakan imbuhan perkataan yang dekat dengan yang jauh

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna tatarias ialah usaha (cara dsb) mengatur atau menyusun hiasan utk sesuatu yg akan dipertunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka, rambut, dll). Ketel pula mempunyai 2 maksud, iaitu  Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll).

2. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk tujuan tersebut.

Makna20.03.2010
ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga apiSalam sejahtera,

Puan,

Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.

Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.08.2017
Apakah perbezaan antara tatarias dan tatahiasIstilah yang betul ialah tatarias. Tatarias ialah cara menyusun atau mengatur hiasan untuk dipertunjukkan. 2 cara menghias sesuatu, seperti muka, rambut supaya kelihatan menarik.Makna20.07.2013
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007

Kembali ke atas