Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipesan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak DBP Niaga telah menghantar buku lain daripada yang dipesan. Apabila menghubungi DBPNiaga untuk maklumkan hal ini melalui pesanan mesej, saya dimaklumkan buku yang pesan akan dikirimkan. Sudah berlalu buku yang dipesan itu masih belum diterima lagi. Peristiwa seumpama ini amat mengewakan saya sebagai pelanggan. Seharus semakan dibuat sebelum buku-buku dihantar kepada pelanggan. Kerana kecualian pegawai DBBNiaga, saya pula menanggung kelewatan dan kesulitan. Harap perkara seumpama ini tidak berlaku. Dalam dunia perniagaan hal seumpama tidak wajar berlaku dan hal ini juga menjejaskan nama baik Dewan.Kami mengambil maklum tentang aduan ini dan akan menambah baik perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman tuan, stok buku yang tuan tempah baru diterima dan proses pengeposan buku tuan akan dilaksanakan segera.Lain-lain12.09.2023
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ?1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh.
2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan.
Tatabahasa25.09.2012
salam.. 1. Apakah perbezaan kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku? yang mana satukah yang betul? 2. Ali makan nasi yang dipesan olehnya @ Ali makan nasi yang dipesannya. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di atas meja @ Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja. Ayat manakah yang betul? sekian terima kasih1. Tiada perbezaan antara kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 
2. Ali makan nasi yang dipesannya. 
3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja.
Tatabahasa06.07.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan tepat bagi 1. Bespoke survey 2. Visioning workshop Saya memeriksa dan dapati 1. Bespoke survey merujuk kepada survey yang telah dipesan terlebih dahulu. Saya tidak pasti apa panggilan khas perkataan ini dalam Bahasa melayu. 2. Visioning workshop merujuk kepada Bengkel Wawasan tetapi saya tidak pernah menemui perkataan ini. Bolehkah saya mendapatkan penjelasan lanjut? Tkasih.Padanan bagi istilah bespoke survey ialah tinjauan reka khas; tinjauan khusus.Padanan bagi istilah visioning workshop ialah bengkel wawasan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. 

Istilah12.08.2022
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas