Adakah "dipilih oleh saya" dan "dipilih oleh kamu"betul? Mestikah kita menukarkannya kepada "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih"? | Ayat pasif dengan kata oleh adalah ayat pasif diri ketiga. Oleh itu, frasa yang batul ialah "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih". | Tatabahasa | 20.02.2012 |
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul. | 1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
1.kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa bahasa kebangsaan? 2.apakah fungsi bahasa kebangsaan? 3.konsep bahasa baku? | 1. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kerajaan Bruas, Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar. Pada zaman penjajahan British, Belanda dan Jepun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat, termasuklah juga orang bukan Melayu. Perjuangan politik penduduk Tanah Melayu pada masa penjajahan adalah berlandaskan bahasa Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan daripada British. Selepas merdeka, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah. 1. bahasa baku ialah variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masayarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa ini telah mengalami proses pengekodan. | Makna | 27.03.2008 |
Manakah yang betul dalam penggunaan ayat di bawah? 1. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya Sukan Olimpik. 2. Athens dipilih sebagai tempat berlangsungnya sukan Olimpik. Penggunaan huruf "S" besar atau "S" kecil? Sekian, terima kasih. | Huruf "S" ialah huruf besar kerana Sukan Olimpik ialah nama khas. | Ejaan | 03.08.2011 |
16 Mei ADALAH tarikh yang dipilih untuk meraikan para guru tercinta. Soalan : 1. adakah penggunaan ADALAH tepat dalam ayat ini ? 2. TARIKH dalam ayat ini merupakan kata nama ? | Ayat yang gramatis: Tarikh 16 Mei dipilih untuk meraikan para guru tercinta. Ayat mesti dimulakan dengan perkataan. | Tatabahasa | 17.11.2015 |
mohon penjelasan 1. takrif perkataan :" pencerahan" 2. Perbezaan di antara perkataan : dipilih dan dilantik | 1. Pencerahan membawa maksud perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu. 2. Dalam konteks politik Malaysia, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh orang ramai melalui pilihan raya, manakala, ahli Dewan Negara dilantik oleh Kerajaan.
| Lain-lain | 08.01.2015 |
1.Dia dpilih ialah kerana dia seorang doktor. 2.Dia dipilih adalah kerana dia seorang doktor. Penggunaan kata pemeri mana yang paling tepat. | Kata pemeri tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Dia dipilih kerana dia seorang doktor." | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Adakah penggunaan kata perumpamaan atau kata-kata bayangan dalam penulisan sajak berdasarkan sesuatu tatacara atau dipilih oleh penulis berdasarkan kefahamannya terhadap satu-satu kata? | Penggunaan kata perumpamaan/kata-kata bayangan/metafora adalah dipilih sendiri oleh penulis berdasarkan kepada kefahaman, naluri dan cita rasa terhadap sesuatu isu yang dihadapi. Sekian. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. | Terima kasih atas sokongan pihak tuan. | Lain-lain | 14.09.2017 |
Salam 1Malaysia, Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak DBP sama ada penulis yang karyanya dipilih sebagai karya untuk teks KOMSAS Tingkatan 4 akan menerima sebarang honorarium/royalti ataupun tidak. Ini kerana karya saya telah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan 4 bagi Tahun 2010. Atas maklumbalas pihak DBP berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Karya yang dipilih untuk teks KOMSAS akan dibayar honorarium/royalti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui penerbit yang berkenaan. | Lain-lain | 06.07.2010 |