| Aneka Seleksi menu | kami cadangkan Aneka Seleksi menu dipinda kepada Aneka Menu Pilihan | Tatabahasa | 01.07.2014 |
| Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. | Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
| Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi) | Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
| hari ini hari yang ke empat | Soalan tuan tidak jelas. Jika pertanyaan tuan tentang ayat tersebut, perlu dipinda menjadi "hari ini hari yang keempat...". | Tatabahasa | 08.01.2015 |
| Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. | Berikut ayat yang betul setelah dipinda; 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
| Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih Saba | Kata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147. | Tatabahasa | 14.05.2010 |
| Saya ingin menyemak nama berikut sebagai nama restaurant: Cafe Asia Care Sila mengesahkan bahasa tersebut dan mengeluarkan sijil perkenaan sebagai bukti pengesahan. Sekian Sahaja, terima kasih | Kami mencadangkan frasa tersebut dipinda kepada Kafe Cita Rasa Asia. Untuk pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 08.04.2014 |
| Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan. | Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan. Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
| Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa untuk visual iklan seperti dilampirkan. | Pembetulan: 1. ... SDN. BHD. (letak titik) 2. 3rd Floor dipinda kepada Aras 3 3. ... Selangor Darul Ehsan. (akhir alamat letak titik) Setelah dibuat pembetulan, hantarkan permohonan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 04.05.2017 |
| Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa untuk visual iklan seperti dilampirkan. | Pembetulan: 1. ... SDN. BHD. (letak titik) 2. 3rd Floor dipinda kepada Aras 3 3. ... Selangor Darul Ehsan. (akhir alamat letak titik) Setelah dibuat pembetulan, hantarkan permohonan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Karya | 04.05.2017 |