Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipinjamkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Benarkah perkataan 'papaya' sudah dipinjamkan ke dalam BM sebagai perkataan yang sinonim dengan betik? Terima kasih.Wsalam. Istilah yang betul ialah betik. Tidak ada istilah papaya digunakan dalam bahasa Melayu. Papaya kekal sebagai sebutan dalam bahasa Inggeris.Lain-lain09.06.2015
ingin mengetahui istilah garnet diterjemahkan dalam bahasa malaysiaIstilah garnet dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud sejenis batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.Istilah18.06.2009
Dari mana saya boleh dapatkan senarai kosakata-kosakata pinjaman asing yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu? saya perlukan senarai kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Sanskrit.DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbit DBP (spt Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab (Ar) yang boleh membantu saudara.Lain-lain08.10.2008
Penterjemahan Perkataan "Seconded" dalam Bahasa MalaysiaTerjemahan bahasa Melayu bagi perkataan seconded ialah dipinjamkan.Istilah05.01.2009
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan.Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira.Lain-lain19.11.2009
Bagaimakah ejaan asal 'masyarakat' Bahasa Melayu kuno atau di persuratan lama? Adakah ianya 'masharakat'? Saya mahu membuat pengesahan. Terima kasih.Perkataan "masyarakat" dipinjamkan daripada bahasa Arab. Sebelum tahun 1972, Malaysia menggunakan ejaan lama dalam mengeja masyarakat. Grafem yang digunakan pada ketika itu ialah "sh", grafem "sy" diperkenalkan pada tahun 1972. Ejaan tersebut ialah "masharakat".Lain-lain03.04.2019
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie?Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM.Lain-lain18.01.2018
Encik Jabir masih belum mahu menuntut semula wang yang dipinjamkannya kepada jirannya itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQAyat yang lebih gramatis ialah: Encik Jabir masih belum menuntut wang yang dipinjamkan kepada jirannya.Tatabahasa16.02.2012
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TKSongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”.Tatabahasa09.03.2013
Saya sedang membuat penyelidikan mengenai PSYCHOLOGIKAL EMPOWERMENT Dan kepuasan kerja guru.. Pertanyaan saya ialah bolehkah saya menggunakan perkataan : 1. PSYCHOLOGIKAL itu di terjemah sebagai PSIKOLOGIKAL bukannya PSIKOLOGI..memandangkan psikplogokal adalah perkataan sekunder. 2. Perkataan EMPOWERMENT ini mempunyai banyak maksud iaitu memperkasa Dan pengupayaan. boleh atau tidak Dari segi bahasa saya memterjemahkan kepada PENGUPAYAAN PSIKOLOGIKAL.. 3..Adakah EMPOWERMWENT ini boleh dipinjamkan menjadi bahasa melaysia..Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "psychological" ialah psikologi (tidak ada perkataan psikologikal dalam bahasa Melayu). Untuk menentukan sama ada perkataan memperkasa atau pengupayaan yang sesuai digunakan, bergantung pada konsep atau maksud perkataan tersebut. Oleh sebab DBP tidak mempunyai istilah tersebut dalam pangkalan data istilah, kami tidak pasti konsep istilah tersebut dan tidak dapat memberikan padanan yang tepat. Sekiranya tuan mengetahui konsep istilah tersebut, tuan boleh menentukan istilah yang lebih sesuai dan tepat.Istilah14.10.2014

Kembali ke atas