Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih | 1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan 2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular 4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak Islamik | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islam | Istilah | 09.09.2013 |
Kolej Vokasional akan melaksanakan pembukaan program Diploma Vokasional Seni bina landskap. Pertanyaan saya, yang manakah penggunaan yang betul (a) Diploma Senibina Landskap , atau (b) Diploma Seni Bina Landskap Mohon khidmat nasihat piahk Tuan/Puan.Terima kasih. | Penggunaan nama program yang betul ialah Diploma Seni Bina Landskap. | Ejaan | 11.11.2020 |
Mohon bantuan untuk memastikan penterjemahan di bawah adalah betul mengikut tatabahasa Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan. | Mengikut Istilah MABBIM, Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2014 |
Salam, Alih bahasa: Diploma in Medical and Health Science Apakah cadangan DBP dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi Diploma in Medical and Health Science ialah "Diploma Perubatan dan Sains Kesihatan." | Lain-lain | 22.02.2022 |
Saya memerlukan terjemahan nama program dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Nama Program: Diploma in Logistics and Supply Chain Management | Kami mencadangkan Diploma in Logistics and Supply Chain Management diterjemahkan kepada Diploma dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan jika bersesuaian dengan konsep pengajiannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2014 |
Untuk makluman , Kolej Komuniti Ampang mempunya program DIploma In Mobile Technology. Apakah nama program yang sesuai di dalam bahasa melayu yang boleh kami gunakan untuk permohonan mqa/mbot | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi Diploma In Mobile Technology ialah Diploma Teknologi Mudah Alih. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2023 |
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi? | Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. | Lain-lain | 14.06.2015 |
Saya ingin bertanya tentang kursus diploma lingustik atau seandainya di dewan bahasa. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan kursus Diploma Linguistik. Sdr. boleh mendapat maklumat tentang perkara ini daripada universiti awam di negara ini seperti Um, UKM, UPM dsb.. | Lain-lain | 05.09.2007 |
Tuan, Salam bahagia. Saya berminat mengikuti kursus Diploma Penterjemahan Profesional. Apakah kursus ini akan dijalankan di Melaka? Bilakah tarikhnya kursus ini akan berlangsung? Adakah Diploma ini mendapat pengiktirafan MQA? Sekian, terima kasih. KRISHNAN Sekian, terima kasih. | Pertanyaan saudara di luar skop perkhidmatan kami. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.01.2012 |