Tajuk Tesis saya adalah seperti berikut iaitu Pendekatan Diplomasi Akomodasi dalam Dasar Luar Malaysia di zaman Pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi 2003-2009. Pertanyaan saya ialah mengenai kesesuaian penggunaan perkataan Pemerintahan...Adakah ianya sesuai digunakan?atau pun ia sewajarnya ditukar kepada perkataan lain seperti pentadbiran?Mohon penjelasan. | Untuk membantu tuan memahami perbezaan antara kedua-dua kata tersebut, rujuk penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Pentadbiran diterjemahkan kepada administration, manakala pemerintahan diterjemahkan kepada government atau rule. Kami berpandangan, perkataan pentadbiran lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
sejarah pembinaan bahasa melayu | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
Bahasa Melayu abad Ke-7? | Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar Linguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. Saudara juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 7. | Lain-lain | 20.11.2010 |