Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipotong

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi piza (yang belum dipotong)? Saya ingin membuat ayat seperti berikut.. _________ piza dipotong kepada beberapa keping. Saya akan menggunakan penjodoh bilangan "keping" untuk piza yang sudah dipotong. Terima kasih.

Saudari,

Untuk makluman, tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Bagi soalan yang dikemukakan memadai jika saudari menggunakan ayat seperti yang berikut. 'Piza dipotong kepada beberapa keping.'

Tatabahasa09.10.2012
salam. apakah penjodoh bilangan bagi ayam yang dipotong. ?

Penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayam yang sudah dipotong ialah ketul.

Istilah03.03.2010
Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih.Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong.
Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. 
Tatabahasa19.03.2022
Apakah penjodoh bilangan bagi mahkota, keluarga dan buluh yang sudah dipotong?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk mahkota ialah sebuah, keluarga ialah sebuah dan kepingan buluh (sekiranya dipotong berbentuk kepingan).Istilah21.05.2015
Salam. Boleh saya tahu penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang dipotong daripada sebuku roti? Sekeping ataupun sepotong jawapannya? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang telah dipotong daripada sebuku roti ialah “sekeping, kerana berbentuk leper. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper.

Lain-lain12.07.2025
Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasihTiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut.Lain-lain13.03.2017
Tuan, saya ada pertanyaan tentang pertukaran ayat aktif kepada ayat pasif, soalannya adalah seperti berikut; 1. Ibu memotong rumput di halaman rumah. Kalau tukar ke ayat pasif, yang mana satu adalah betul? a. Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu. b. Rumput dipotong oleh ibu di halaman rumah. Apa berkaitan dan perbezaan soalan tersebut dengan jawapan a dan b? Sekian, terima kasih.Yang betul ialah Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu.Tatabahasa02.08.2010
Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas.1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan.
2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul.
Tatabahasa14.04.2015
Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang?Penjodoh bilangan yang betul ialah batang.Tatabahasa07.01.2014
Assalamualaikum. Saya ingin tahu perkataan amputee iaitu orang yang dipotong bahagian anggotanya dalam Bahasa Melayu? TkasihPerkataan amputee dalam bahasa Melayu ialah amputasi. Terima kasih. Makna31.10.2021
1234

Kembali ke atas