bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? | Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |
mengapakah dalam proses pembelajaran dan komunikasi harian, bahasa melayu baku tidak dipraktikkan? | Sebutan baku yang merupakan sebahagian daripada Bahasa Baku, sudah lama diperkenalkan. Masalah sikap pengguna bahasa sendiri yang menjadi punca mengapa bahsa baku tidak digunakan. | Lain-lain | 17.08.2006 |
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan. | Penggunaan yang betul ialah: 1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri. 2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing. 3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini. | Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan “seniman” yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik. | Lain-lain | 28.11.2015 |
1) wajarkah pengajaran bahasa melayu di sekolah menggunakan bahasa dialek? 2) langkah DBP untuk mengelakkan penggunaan bahasa dialek dalam pengajaran bahasa melayu di skolah? | Pengajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah menggunakan bahasa baku atau standard kerana pengajaran di sekolah merupakan situasi rasmi atau formal. DBP sentiasa berusaha untuk menggalakkan dan memastikan bahasa baku digunakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan seperti forum, seminar, ceramah, kursus dsb. agar bahasa baku dapat dipraktikkan dalam sesi-sesi ini. | Lain-lain | 26.03.2008 |