Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diproses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah padanan yang betul bagi perkataan “semi-processed” adalah “diproses separa” atau “separa diproses”. Sama juga dengan perkataan “semi-fermented” adakah “separa tertapai” atau “tertapai separa”. Ini kerana melalui semakan kami perkataan seperti di bawah ini pula perkataan “separa” berada di belakang. part evaporation penyejatan separa. partly skimmed milk susu skim separa partial alcoholic beralkohol separa partially hydrogenated oils lemak separa terhidrogenPadanan bahasa Melayu bagi “semi-processed”  ialah separa proses dan “semi-fermented”  ialah separa tertapai.Makna07.07.2021
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee HuayKata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 

1. Semua data yang dikutip akan diproses.
2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan.
Tatabahasa11.07.2013
Buluh boleh diproses menjadi perabot. Ayat ini boleh menggunakan perkataan "diproses"?

 Puan Gina, terima kasifh kerana menghubungi KNBDBP.

Melihat kepada pengertian yang diberikan dalam kamus ini, maka perkataan proses boleh digunakan - prosés)  2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: TETAPI perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat ini ialah direkabentuk atau terus dijadikan perabut.

Istilah28.02.2009
Salam . Ayat di bawah boleh dikira sebagai ayat majmuk? Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Terima kasih.Salam. Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi.
Jawapan:
Terdapat dua ayat yang digabungkan menjadi satu dalam contoh ayat yang saudara berikan. Oleh itu, contoh ayat tersebut ialah ayat majmuk.
1. Kami juga melihat cara-cara biji kopi diproses.
2. Biji kopi diproses menjadi kopi.
Tatabahasa29.08.2014
Apakah padanan yang sewajarnya bagi "processed cereal-based food". Padanan yang diberikan dalam teks yang sedang kami semak ialah " makanan diproses yang berasaskan bijirin". Sama ada yang sepatutnya ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses"?Ayat yang lebih gramatis ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses".Tatabahasa22.07.2021
Adakah ayat ini betul? Buah manggis boleh diproses untuk digunakan jem manggis.Buah manggis dapat diproses untuk dijadikan jem.Tatabahasa10.11.2014
soalan: kami diberikan penerangan tentang (cara-cara nanas diproses/pemprosesan nanas)?

Saudara Asmazaira,

Ayat yang betul ialah ' Kami diberi penerangan tentang cara-cara nanas diproses atau tentang pemprosesan nanas'. 

Tatabahasa26.05.2010
Tuan/puan, Sila semak permohonan saya yang bertarikh 25-06-2015 saya didapat tahui permohonan ini akan diproses dalam 24 jam. Saya sudah banyak kali telepon 03-2147 9691 dan MPKu Kulai tetapi tiada pegawai yang layan pangilan saya. Saya harap kes saya diproses secepat mungkin sebab masa yang dijanji oleh pihak anda adalah 24 jam waktu berkerja dan permohonan saya telah melebihi daripada 48 jam. Yang benar, Lee Ireenee Tel: 6016-777 1690Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebihan masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain29.06.2015
tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif ayat : getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastikTatabahasa27.03.2012
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas