| Seorang pelajar menulis ungkapan ini dalam karangan yang berasingan: 1. Kumencari-cari rakan yang ikhlas. 2. Kucari-cari sahabat yang setia. 3. Kaudisanjung dan dipuja. 4. Kuberdiri di sini. 5. Kurenungi wajahnya. Adakah ayat-ayat ini gramatis? | Ayat tersebut gramatis tetapi lebih kepada penulisan kreatif. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
| Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya. | Lain-lain | 31.01.2010 |
| Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih. | 1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. 2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. 3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
| Perkataan Tuhan dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf besar atau kecil? Orang Tamil percaya Tuhan wujud dalam semua unsur alam semula jadi. | Perkataan Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa perlu dieja huruf besar pada huruf pertama, manakala ejaan tuhan dengan huruf kecil pada huruf pertama ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2414.
| Tatabahasa | 25.11.2024 |
| Assalamuaikum, Saya ingin bertanya perkataan tuhan. 1. Huruf 't' perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? 2. Jika pengguna bukan beragama Islam ingin merujuk tuhan mereka dalam penulisan bahasa Melayu, adakah huruf 't' perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. 3. Jika kata ganti nama digunakan unuk merujuk Allah, lazimnya digunakan huruf besar pada huruf pertama. Adakah perkara yang sama dilakukan jika merujuk tuhan selain Allah? | Kamus Dewan menakrifkan Tuhan sebagai: i) Allah yang mencipta alam semesta dan untuk maksud ini Tuhan dieja dengan huruf besar; ii) sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan untuk maksud ini tuhan dieja dengan huruf kecil. | Makna | 23.03.2011 |
| Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. | Lain-lain | 24.01.2022 |
| 1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa? | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan. Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); | Istilah | 25.03.2009 |