| Derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut seterusnya. Apa kesalahan ayat ini? | Ayat yang gramatis ialah derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
| Salam sejahtera. Bolehkah DBP menjelaskan, secara ringkas, cara penghasilan kamus-kamus dan buku PERIBAHASA? Apakah sumber yang digunakan? Lisan atau bertulis? Jika ada sumber lisan, bagaimanakah data tersebut dipungut? Adakah peribahasa yang terbuku sahaja layak digunakan? | Waalaikumussalam... Sila hubungi Jabatan Penerbitan DBP untuk maklumat lanjut. Pihak kami hanya menjawab persoalan tentang penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.12.2018 |
| Definisi cukai. | Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Makna | 08.05.2014 |
| Perbezaan penggunaan perkataan antara walau bagaimanapun dengan bagaimana | Bagaimana bermaksud: 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun; Bagaimanapun bermaksud: biar apa pun yg terjadi; Kedua-dua perkataan tersebut berlainan maknanya dan sudah tentulah cara penggunaannya dalam ayat pun pasti berbeza. | Lain-lain | 21.08.2009 |
| 1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima. | Makna | 13.11.2015 |
| "untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 04.11.2013 |
| 1. Jika singkatan untuk malam ialah mlm, apa pula singkatan untuk tengah hari? 2. Panduan untuk menggunakan kata sendi nama 'bagi' dan 'untuk'. Benarkah kata sendi 'bagi' lazimnya disusuli dengan kata nama, dan kata sendi 'untuk' disusuli dengan kata kerja. Contohnya: Bagi pelaksanaan projek, untuk melaksanakan projek. Bolehkah 'bagi' ditukar dengan 'untuk'? | 1. Singkatan untuk tengah hari ialah tgh. 2. Kata sendi nama bagi dan untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata snedi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) | Tatabahasa | 06.07.2010 |
| Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi. | Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; | Makna | 02.09.2009 |
| 1)Nyatakan perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh". 2)Mengapa kata "di mana", "yang mana", dan "apa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata? 3)Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat. 4)Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "diantara"? | Puan Nadrah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. untuk jawapan yang lebih jelas dan lengkap tentang pertanyaan ini sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan. dapat. - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; (boléh) 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukan. Contohnya- untuk siapakah hadiah ini?. Ayat ini tidak boleh ditukar dengan - bagi siapakan hadiah ini? Kata sendi nama untuk pula boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.- kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. | Tatabahasa | 01.01.2010 |
| Assalamualaikum dan selamat pagi Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'untuk' bagi ayat majmuk pancangan komplemen dan penggunaan 'untuk' bagi frasa preposisi. Saya agak keliru dengan kedua-dua perkara tersebut. Maklum balas dari pihak dbp saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. | Untuk sebagai kata hubung pancangan kompleman berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh: Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. Untuk sebagai kata sendi nama (preposisi) pula ialah menunjukkan kegunaan sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contoh: Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut. (kegunaan) Tanah seluas dua ekar itu untuk kami. (maksud bahagian yang ditentukan) | Tatabahasa | 13.12.2020 |