perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih. | Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio." | Tatabahasa | 05.04.2015 |
Adakah pihak DBP mempunyai istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah bahasa Inggeris 'heavy rotation' (kata nama)? Bolehkah saya menulisnya sebagai 'putaran yang berat'? Maksud 'heavy rotation' yang saya katakan ini ialah 'satu lagu yang paling banyak dimainkan oleh sesuatu stesen televisyen atau radio dalam satu hari' saya jarang mendengar lagu bahasa melayu tetapi contoh 'heavy rotation' bagi lagu melayu adalah seperti "teman pengganti" nyanyian Black & Malique. di Jepun, 'heavy rotation' ialah lagu seperti "Bittersweet" nyanyian Arashi. | Istilah yang sesuai bagi “heavy rotation” dalam konteks ayat saudara ialah “sering diputarkan”. Contoh ayat ialah “Antara lagu yang sering diputarkan oleh stesen radio termasuklah ‘Teman Pengganti’, ‘Bahagiamu Deritaku’, dan ‘Ikut Rentakku’.” | Istilah | 24.02.2014 |
Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih. | Tuan, Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud: 1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu penghujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat. | Istilah | 08.06.2019 |
makna efek,teoretisi,kaleidoskop? | Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) . Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori. Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya. | Makna | 12.02.2008 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan 'pada peringkat' dan 'di peringkat'. 2. Sama ada rangkai kata 'anak kunci' dan kosa kata 'kunci' membawa maksud yang sama? | 1. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan yang betul ialah "pada peringkat." Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan. 2. Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci: 1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci. | Makna | 21.07.2017 |
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih. | Jawapan 1. Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci: 1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci. 2. Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. 3. Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: 4. Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”. 5. Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian. Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja. Contoh ayat: Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus | Lain-lain | 30.10.2014 |