| Selamat petang. Soalan saya berkenaan menukar ayat aktif kepada ayat pasif yang berikut : 1) Sekawan kambing sedang meragut rumput di padang. A.Pasif --> mana betul, (A) atau (B) ? (A) Rumput di padang sedang diragut oleh sekawan kambing. (B) Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. 2) Murid-murid kelas Tiga Bestari menyusun meja dan kerusi di bilik darjah. A.Pasif --> (A) atau (B) ? (A) Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. (B) Meja dan kerusi disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari di bilik darjah. Jawapan dan penjelasan pihak tuan dihargai. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: B. Rumput sedang diragut oleh sekawan kambing di padang. A. Meja dan kerusi di bilik darjah disusun oleh murid-murid kelas Tiga Bestari. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
| 1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih ! | Ayat yang telah diperbetul 1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan. 3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul | Tatabahasa | 26.09.2009 |
| Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |