Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirahmati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan yang dirahmati Allah, Apakah perbezaan bagi penggunaan kata sendi "kepada" dan "terhadap"?Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Untuk contoh penggunaan dalam ayat dan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Kata Sendi Nama.Tatabahasa16.04.2013
Assalammualaikum, Tuan yang dirahmati Allah, Apakah beza 'mencolok mata' dan 'menjolok mata'? Adakah kedua-duanya mempunyai maksud yang sama?Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); dan mencolok mata bermaksud mencucuk mata dan juga kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua frasa tersebut betul tetapi kita menerima pakai kata kiasan mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya.Tatabahasa22.07.2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mendoakan sesiapa pun yang membaca mesej ini supaya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Nama saya Nazry Salam, seorang penulis bebas. Izinkan saya bertanya. Adakah pihak DBP ada rancangan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan sayembara sains angkasa? Sekian sahaja. Jutaan terima kasih didahulukan. Wassalam. Nazry SalamWa`alaikumussalam. Saudara boleh terus merujuk pada laman sesawang DBP dengan klik pada capaian iklan tersebut atau terus menghubungi pihak urus setia.Lain-lain24.12.2013
Assalamualaikum wbt Tuan, Kenapa DBP tidak lagi menerbt Fiqh & Perundangan Islam, Zuhaili, DBP? Boleh saya cadangkan diterbit semula? Atau adakah saya masih lagi boleh mendapatkannya? Adakah DBP pernah menerbitkan versi ebook? Sekian, terima kasih ShaharSaudara Shahar bin Kamarudin yang dirahmati Allah SWT,

Penerbitan Buku Fiqh dan Perundangan Islam

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku  terjemahan karya Prof. Dr. Wahbah Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

2. Untuk pengetahuan saudara, buku tersebut tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku itu telah tamat. Permohonan semula izin terbit  buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek, DBP. Namun, disebabkan penerbitannya memerlukan kos yang tinggi termasuk untuk memperoleh  izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan, maka penerbitannya terpaksa ditangguhkan. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat membekalkan buku tersebut kerana tiada stok dalam bentuk bercetak. Disebabkan perkara tersebut, buku ini juga tidak dapat diterbitkan dalam bentuk digital kerana izin terbit daripada penerbit asal tidak diperoleh.

Sekian, untuk makluman.
Lain-lain18.09.2021
adakah perkataan 'rahmah' boleh digunakan dalam bm. Contoh,'Keluarga Rahmah, Sekolah Sejahtera' Jika tiada dalam kamus, apakah perkatan yang sesuai utk rahmah. Terima kasih.1. Tidak ada perkataan 'rahmah" dalam data kami yang ada ialah "rahmat' yang ertinya  belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia. Contoh frasa yang sesuai antaranya: "Keluarga Bahagia, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Dirahmati, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Diberkati, Sekolah Sejahtera"Tatabahasa10.12.2018
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010

Kembali ke atas