Kenapakah terdapat perbezaan ejaan 'diraja' bagi Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia? Adakah terdapat perbezaan ejaan DiRaja dan diraja tersebut? | Ejaan yang betul ialah Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkataan Diraja dalam konteks ini merujuk pada hak (milik, dinaungi oleh) raja, sama seperti Askar Melayu Diraja. | Ejaan | 12.09.2018 |
Salam Sejahtera, 1. Adakah terdapat perbezaan antara perkataan Diraja dan DiRaja. 2. Bagaimana penggunaan perkataan Diraja yang sebenarnya..Contohnya Klang Bandar Diraja atau Klang Bandar DiRaja. Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah Klang Bandar Diraja. | Tatabahasa | 08.09.2014 |
Salam... Saya nak tanya...slogan yang mana lebih sesuai/tepat boleh digunakan: 1. Bandar Maharani, Bandar DiRaja @ 2. Maharani Bandar DiRaja Soalan kedua, ejaan mana yang betul 1. DiRaja @ 2. Diraja Sekian..terima kasih | Ejaan yang betul ialah Diraja. Jika melihat contoh Kuala Kangsar Bandar Diraja, maka frasa yang betul ialah Maharani Bandar Diraja. Walau bagaimanapun kami cadangkan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan penamaan yang betul bandar tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz . | Ejaan | 07.06.2013 |
perkataan yang betul bagi istilah Diraja untuk ayat, contohnya : Projek Diraja....... atau Projek DiRaja......? | Ejaan yang betul ialah Diraja. | Ejaan | 09.10.2003 |
Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih | Waalaikummussalam saudari Zi, 1. Logo Bandar Diraja 2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja. | Lain-lain | 04.10.2012 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |
Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja | 1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi". 2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja". Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain. | Tatabahasa | 19.10.2014 |
Tenun Pahang Diraja atau Tenun Pahang DiRaja atau Tenun Pahang Di Raja | Tenun Pahang Diraja. | Ejaan | 05.08.2014 |
Saya ada sedikit berkaitan kata ganti bagi Titah Diraja. Adakah ada kata ganti lain yang boleh digunakan selain daripada Titah Diraja? | "Titah" bermaksud "perintah". "Titah Diraja" bermaksud "Perintah Diraja" atau "Perintah rasmi yang disampaikan oleh raja". | Istilah | 04.09.2014 |