| Apa perbezaan dirapat dengan dijarak? | Di sebagai kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama hendaklah dijarakkan ejaannya seperti "di sekolah" dan "di dalam rumah". Di sebagai imbuhan apabila digabungkan dengan kata kerja hendaklah dirapatkan seperti "dimasak" dan "dijahit". | Tatabahasa | 08.07.2011 |
| TOLONG KENALPASTI PERKATAAN MATAPELAJARAN, MENGENALPASTI DAN JAWATANKUASA ADAKAH DIRAPAT ATAU DIJARAKKAN, TERIMA KASIH | Ejaan yang betul ialah mata pelajaran, mengenal pasti dan jawatankuasa. | Ejaan | 16.07.2011 |
| 1.Penggunaan perkataan ia..merujuk kepada apa sebenarnya. Adakah hanya tertakluk kepada orang sahaja? 2. Ejaan untuk perkataan semula jadi (dijarak atau dirapat). 3. Bolehkah pihak DBP menghantar contoh2 ejaan yang digunapakai sekarang (terkini) Terima kasih. Three Rivers, Mukah | 'Ia" kata ganti nama diri untuk manusia, bukan untuk binatang, benda, atau kata nama abstak. Ejaan semula jadi dieja terpisah. Sila dapatkan buku Pedoman Ejaan dan "Sebutan Baku Bahasa Melayu" dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 15.04.2008 |