Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirapatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan 'adakala' dirapatkan. Adakah ejaan 'adakalanya'dirapatkan juga. Sekiranya ejaannya 'ada kalanya' dijarakkan, mengapakah begitu?Ejaan yang betul ialah adakala dan adakalanya.Tatabahasa07.09.2020
Kata Ganti Nama "ku" dirapatkan dengan Kata Kerja Pasif. Contoh: Kuangkat, kuberi, kuselidiki, dan lain-lain. Soalan saya, bolehkah KGN "ku" dirapatkan dengan Kata Kerja Pasif yang mendapat imbuhan depan menjadi kudicipta, kuberjalan, kutertawa? Terima kasih.ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa"Tatabahasa14.06.2023
Perkataan ku perlu dirapatkan dengan perkataan yang mana satu dalam ayat ini. 'Mulaiku sedar.' atau 'Mulai kusedar'Perkataan “ku” perlu dirapatkan dengan perkataan “sedar”. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah “Mulai kusedar”.Tatabahasa27.06.2022
sya ingin kepastian bagaimanakh ingin mengenalpasti pada keadaan yang bagaimana penggunaan di harus dirapatkan atau dijauhkan. penggunaan diantara dirapatkan atau dijarakkanKata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Contohnya:
1. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pelajaran.
2. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

Awalan di digabungakan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contohnya:
1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.
Tatabahasa25.05.2012
Jika di dalam sesebuah puisi menggunakan perkataan seperti, kaupergi, kaujua, kaubawa dan lain-lain yang terdapat perkataan kau di hadapannya yang dirapatkan dengan perkataan lain, adakah tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan?Bukan setakat dalam puisi sahaja perkataan "kau" perlu dirapatkan dengan kata kerja, dalam penulisan biasa juga perkataan "kau" itu perlu dirapatkan apabila bertemu dengan kata kerja.Lain-lain31.05.2016
perkataan ku dan mu di depan dan belakang sesuatu perkataan perlukah dirapatkan. contohnya ku seru ditulis kuseru, nama mu kepada namamuMemandangkan perkataan tersebut ialah singkatan, jadi, kata seperti kuseru atau namamu perlulah dirapatkan. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain17.11.2006
Bagi penggunaan "/", adakah perkataan selepas dan sebelum "/" perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: "Penyalahgunaan lesen / tiada lesen" atau "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan sebelum  dan  selepas   dirapatkan, contohnya "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen".Lain-lain22.08.2019
Assalamualaikum wbt Tn, Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan perkara berikut: Bilakah imbuhan 'di' harus dijarak dan dirapatkan dengan perkataan yang hendak digunakan. Contoh: Dilaksanakan ('di' perlu dijarak atau dirapatkan daripada perkataan 'laksanakan'). Terima kasih.Pengejaan awalan di- hendaklah bersambung dengan kata yang mengikutinya, seperti dibuat dan dimakan. Manakala, kata sendi nama "di" dieja terpisah, seperti di sana, di rumah dan di Kuala Lumpur,Tatabahasa16.08.2016
Maaf, saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang perkataan juru pengiring. Adakah ejaan tersebut betul? Atau adakah perlu dirapatkan seperti ini, jurupengiring? Mohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul dirapatkan, jurupengiring.Ejaan27.10.2020
1. Bolehkah menggunakan perkataan dimana (ejaan "di" dan"mana" dirapatkan) yang tidak menunjukkan arah? Contoh ayat: Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dimana beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. 2. Betulkah penggunaan perkataan dibawa (ejaan "di" dan "bawa" dirapatkan) bagi contoh di atas?Kata tanya di mana hanya digunakan dalam ayat tanya sahaja. Oleh itu, ayat yang betul ialah Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. Ejaan yang betul ialah dibawa. Tatabahasa18.09.2020
12345678910

Kembali ke atas