| Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |
| Apakah istilah terbaik untuk 'coaching and mentoring? Istilah 'jurulatih dan mentor' dirasakan kurang tepat. Bolehkan ditukar kepada bidang bimbingan dan pementoran? Terima kasih. | Istilah "bimbingan" dan "pementoran" adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 06.02.2014 |
| Pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membuar semakan ejaan, tatabahasa , frasa ayat dan lain-lain yang dirasakan perlu seperti dokumen yang disertakan. | Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila e-melkan dokumen puan kepada Puan Fadhilah melalui alamat e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen puan mengikut format yang berikut: Jenis huruf: Arial/Times New Roman Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2022 |
| Saya ingin mendapatkan kepastian istilah bagi "work engagement" sama ada ianya adalah "penglibatan kerja" atau "keterlibatan kerja" kerana engagement=pertunangan dirasakan tidak sesuai dari istilah bahasa Melayunya. Terima kasih. | Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat ialah keterlibatan kerja. | Istilah | 29.12.2015 |
| Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib? | Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
| salam sejahtera. saya ahmad adam,pelajar dari uniten kampus putrajaya. saya dan ahli kumpulan saya terpilih utk menjalankan satu perbincangan tentang DBP. sy berharap agar pihak DBP blh memberi sy n juga ahli kumpulan saya maklumat2 yg dirasakan sangat berguna utk kami gunakan sebagai isi. mungkin dari segi asal usul,pengenalan yang sesuai n juga lain2 yang pihak DBP rasakan sesuai. kami dengan berbesar hati utk mengumpulkan maklumat serta mengenal dengan lebih mendalam mengenai DBP.sekian terima kasih | Sila kunjngi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau hubungi pegawai yang berkenaan. | Lain-lain | 14.07.2010 |
| Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih. | Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak. | Tatabahasa | 20.05.2015 |
| 1. Mengapakah tiada tindakan yang dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka dalam isu memelayukan istilah bahasa inggeris. walhal istilah tersebut sudah ada atau bleh direka atau dicipta. 2. ada tak perkataan 'ia' dalam bahasa melayu. | Proses memelayukan istilah(peminjaman) masih dirasakan perlu sebagai usaha untuk memperkaya perbendaharaan bahasa Melayu dan sebagai variasi bagi istilah tersebut dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama usaha terus juga dilaksanakan untuk mencari padanan sesuai dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah-istilah ini yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Melayu adalah dalam konteks yang lebih teknikal, sains atau akademik sementara istilah dalam bahasa Melayu digunakan dalam konteks yang lebih umum seperti dalam pengiklanan atau pemberitaan dsb. | Tatabahasa | 24.03.2008 |
| Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ? | Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. | Istilah | 31.08.2009 |
| intrusion utk makna di atas, mohon pencerahan kerana: dlm MABBIM - istilah Malaysia = penerobosan dlm istilah Malaysia (Kejuruteraan) = perejahan Soalan sy: 1. Kenapa penerobosan tiada dlm istilah Msia tetapi ada di dalam MABBIM - Malaysia? 2. Dari segi keutamaan, istilah Malaysia kemudian MABBIM? 3. Bagaimana kalau penerobosan dirasakan lebih tepat? Contoh ayat: A kick is an intrusion of unwanted fluids into the wellbore such that the effective hydrostatic pressure of the wellbore fluid is exceeded by the formation pressure. | Saya akan ajukan soalan ini kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dihantar melalui e-mel. | Lain-lain | 09.06.2014 |