Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirasmikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Sekiranya tajuk program "Majlis Perasmian" perlu digunakan ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" untuk nama perasmi? 2. untuk plaque perasmian sekiranya tiada tajuk "dirasmikan oleh" boleh guna ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" pada tempat sign?

Frasa "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" boleh digunakan untuk majlis perasmian dan pada plak perasmian.

Lain-lain30.08.2023
Apakah ada perbezaan perkataan dirasmikan dan perkataan disempurnakan? adakah boleh diletakkan dua perkataan "dirasmikan" dan perkataan "disempurnakan" oleh dua orang yang berbeza dalam satu program

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1828 dan 2034, dirasmikan bermaksud mengumumkan atau mengisytiharkan (perkara, hal, pelantikan dan lain-lain) manakala disempurnakan bermaksud merasmikan (sesuatu majlis, istiadat, upacara dan sebagainya). Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks pelaksanaan program atau majlis.

Dari sudut protokol dan pengurusan majlis, sesuatu program atau majlis akan dirasmikan atau disempurnakan oleh seorang tetamu kenamaan yang mempunyai jawatan/hierarki/kedudukan yang paling tinggi walaupun program atau majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada individu yang berbeza dalam satu program atau majlis tidak sesuai.

Makna21.03.2024
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ?Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut.Tatabahasa14.07.2014
Dalam penulisan karangan UPSR, contohnya Hari Sukan, merujuk kepada ayat-ayat di bawah : 1) Hari Sukan dirasmikan oleh Guru Besar. 2) Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Soalan: 1) guru besar perlu ditulis huruf besar G dan B ? 2) pengerusi perlu ditulis huruf besar P ? 3) semasa menulis karangan, perlukah ditulis PIBG dengan penuh dan 'short form' in bracket pada kali pertama, seterusnya boleh tulis 'short form' ?
Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:
1) Hari Sukan dirasmikan oleh guru besar.
2) Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). 
Tatabahasa11.07.2014
"Projek al-Quran ini telah dirasmikan pelancarannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang betul ialah Pelancaran Projek al-Quran ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Tatabahasa22.02.2021
Salam sejahtera, 1.Hari sukan telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, iaitu Encik Lee Koon Lek. (Guru besar dalam ayat perlu ditulis dengan huruf besar? Terima kasih.Hari sukan telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, iaitu Encik Lee Koon Lek. Ejaan21.09.2021
Salam 1.Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi menggunakan ayat yang sesuai untuk menggunakan istilah " disempurnakan oleh" dan "dirasmikan oleh" dalam sesuatu majlis. 2. Tatacara untuk menggunaan istilah Yang berusaha dalam salutasi ucapan seauatu majlis. Terima kasihSecara umumnya, "Disempurnakan oleh" digunakan secara umum, manakala, "Dirasmikan oleh" untuk majlis yang melibatkan perasmian. Contohnya: Majlis Hari Inovasi sesuai digunakan "Disempurnakan oleh". Sambutan Bulan Kebangsaan pula sesuai digunakan "Dirasmikan oleh" kerana terdapat majlis perasmian.Lain-lain07.10.2016
Tuan, Mohon semakan struktur ayat bagi tajuk program tersebut: SEMINAR HEP KEBANGSAAN KOLEJ KOMUNITI 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PERASMIAN OLEH atau DIRASMIKAN OLEH? Sekian, terima kasih."SEMINAR HEP KEBANGSAAN KOLEJ KOMUNITI 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, DIRASMIKAN OLEH..."Tatabahasa06.10.2015
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelsan mengenai perkataan "saudara". Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat adakah perlu menggunakan huruf besar? Contoh: Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, Saudara Adzim Yusof. atau Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, saudara Adzim Yusof. Boleh pihak tuan jelaskan penggunaan huruf kecil atau besar perkataan "saudara" ini dalam situasi berlainan?Perkataan saudara di dalam ayat ditulis dengan huruf kecil sama seperti perkatan tuan dan pusan di dalam ayat.Tatabahasa11.03.2013
Assalamu'alaikum tuan, Apakah ejaan/panggilan yang betul ditulis dalam "backdrop" atau buku aturcara bagi nama Pengarah sesuatu organisasi yang belum menerima gelaran anugerah, sama ada ditulis ENCIK atau TUAN. Contohnya : "Dirasmikan oleh YBhg. TUAN ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" atau "Dirasmikan oleh YBhg. ENCIK ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" ?

Umumnya, ‘encik’ ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku,manakala ‘tuan’ ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati.

Lain-lain12.02.2015
123

Kembali ke atas