apakah maksud dirgahayu? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Apa makna "Dirgahayu" dan kaedah penggunaannya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. | Makna | 28.01.2009 |
dalam antologi dirgahayu bahasaku teks komsas ting 5, ada sajak yg bernama kecek(v), apakah maksud sebenar kecek dalam sajak itu? adakah ia merujuk kepada celoteh atau merujuk kepada tipu perdaya? | Salam sejahtera, Menurut kamus Dewan edisi keempat halaman 698, kecek bermaksud coleteh atau tipu tetapi bagi maksud untuk memahami sajak Kecek oleh Awang Abdullah dalam buku Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, saya syorkan tuan/puan merujuk guru di sekolah untuk mengetahui maksud kecek dalam konteks sajak tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.03.2011 |
kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasih | KOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
Cucu Adam sepaian nabi( Rangkap 2 Pantun 8 Kerat, Antologo Dirgahayu Bahasaku, Teks komsas T5). apakah maksud sepaian? | saudara, Perkataan sepaian menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berserakan, bertebaran ke merata-rata tempat. Sepaian dalam konteks pantun ini bermaksud manusia yang menjadi khalifah di dunia ini adalah pilihan tuhan yang berasal daripada Nabi Adam, kemudian berkembang biak dan bertebaran ke suluruh pelosok alam. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1458. sekian. | Sastera | 23.02.2011 |
Tuan/Puan yang dihormati Ayat tersebut dipetik daripada ‘ Hikayat Langlang Buana ‘ dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hal 37 "Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu" Saya ingin bertanyakan maksud frasa"barang lakunya" Ribuan terima kasih didahulukan | Maksud frasa "barang lakunya" dalam ayat tersebut ialah segala perbuatan dan tingkah laku Tuan Puteri itu diperhjatikanoleh raja Indera Bumaya. | Sastera | 01.06.2012 |
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini. | Lain-lain | 16.04.2011 |
apa maksud Digarhayu tuanku atau digarhayu ? bolehkah ia digunakan pakai dalam laporan berita | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. | Makna | 30.05.2013 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain; Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu". | Tatabahasa | 31.10.2013 |