Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri bas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adalah pada konteks tertentu seperti diri seseorang, kata "pada" dan "kepada" boleh digunakan bersilih ganti? Sekian, terima kasih.1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. 
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.


Jadi, kata sendi "pada" dan "kepada" boleh digunakan pada manusia/orang mengikut situasi tertentu.
Tatabahasa16.05.2020
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih

(1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua.

(2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas.  "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini".

(3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul".

Tatabahasa20.05.2011
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas

Tatabahasa27.04.2010

Kembali ke atas