Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri kan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phdSemua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakanAkhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong.
Tatabahasa03.07.2014
Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih.

1) Imbuhan akhiran kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya,  i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186.

2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i,  iaitu:

(i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi.

(ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),  halaman 186-190.

3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan.

4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211.

Tatabahasa08.06.2024
saya kurang arif mengenai penambahan 'kan'.Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakanAkhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185
Tatabahasa03.07.2014
Saya masih samar-samar tentang cara penggunaan akhiran "kan" pada kata kerja . Apakah peraturan-peraturannya? Sekian. Terima kasih

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185.

Lain-lain29.07.2010
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang perbezaan antara maksud imbuhan meN- dan meN-…-kan. “Dia melapor diri dari London” atau “Dia melaporkan diri dari London”? Mana satukah yang betul dan bagaimana boleh saya bezakan antara penggunaan dua imbuhan ini? Terima kasih.Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan

Oleh itu, ayat yang betul ialah “Dia melaporkan diri dari London.”

Apitan kata kerja meN-...-kan akan menjadi me-...-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w, dan y.
Lain-lain27.03.2022
Cikgu, "memuliakan maruah diri" atau "memulia maruah diri"? Kata dasar "mulia" patut menerima awalan meN- atau menerima apitan meN-...-kan?Pembentukan kata yang betul ialah "memuliakan", sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat pembentukan kata yang betul daripada akar kata.Tatabahasa13.05.2014
Bagaimana nak mengenali perkataan(membezakan penggunaan) yang mempunyai imbuhan memper...i , memper...kan. dan pasifnya. Bezakan penggunaan me...i dengan me..kan

Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Apitan memper-...-kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan dalam maksud kata kerja, manakala apitan memper-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif seperti mempercabangkan (menjadikan bercabang) dan memperhambakan (menjadikan diri seperti hamba). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 208 dan 2011. Apitan men-...-i dan men-...-kan membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Contohnya: Ibu menidurkan adik dan Ahmad menjalani kursus selama tiga hari. Kata adik dan kursus dalam kedua-dua ayat tersebut menjadi objek yang melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.  

Tatabahasa14.09.2011
Bolehkan penggunaan kata ganti nama diri beliau untuk kanak-kanak. Contohnya tokoh kanak-kanak. Cara mudah untuk membezakan penggunaan imbuhan meN----i dan meN ....kan

Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati (kerana pangkat atau gelaran).   Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali.

Tatabahasa08.06.2010
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus.

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan.

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas.

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Contohnya:

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan;

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan;

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan;

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

Lain-lain23.10.2023
Bagaimanakah penggunaan imbuhan -kan yang sebenarnya? cth : (1) Ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. (2) Ibu menghadiahi saya baju itu. Saya bertanya tentang soalan ini kerana semasa saya belajar di sekolah menengah,penggunaan imbuhan -kan mestilah diikuti dengan kata ganti diri selepasnya.

Menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahkan baju itu kepada saya.  

Menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahi saya baju itu. Kedua-dua contoh ayat yang diberi  betul.

Tatabahasa07.08.2010
1234

Kembali ke atas