Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diriwayatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih.Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.Tatabahasa19.04.2012
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
Assalamualaikum Kenapakah al-Quran dieja dengan huruf besar tetapi hadis dieja dengan huruf kecil padahal kedua-duanya merupakan sumber utama hukum dalam perundangan Islam. Sepatutnya kedua-duanya dieja dengan huruf besar bagi memuliakan wahyu ilahi.

Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat). Al-Quran digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. 

Hadis pula membawa maksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam). Perkataan hadis digolongkan dalam kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Tatabahasa18.09.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan tanda petik dalam petikan hadis. Adakah penggunaan seperti berikut betul? Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a. berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, 'Solat pada waktunya.' ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, 'Berbuat baik kepada ibu bapa.' Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’ Baginda menjawab, 'Jihad di jalan Allah.'"(Riwayat al-Bukhari). Untuk bahagian akhir ayat, di manakah kedudukan tanda petik tunggal? Adakah selepas tanda noktah atau sebelum tanda noktah? Terima kasih.

Teks hadis perlu merujuk kitab-kitab muktabar dalam bahasa Arab, contohnya Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i dan sebagainya.

Rujukan hadis yang mengandungi nama perawi hadis hendaklah disertakan, manakala sumber rujukan hadis hendaklah mengikut kaedah penulisan takhrij hadith.

Contoh rujukan hadis yang mengandungi nama perawi boleh ditulis dalam dua keadaan, iaitu:

1.     1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.”

(Riwayat al-Bukhari)

2.  Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya xxx.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 278 – 291.

Tatabahasa09.12.2024

Kembali ke atas