Bolehtah dirumuskan bahawa jenis digunakan selepas kata nama maujud? Contohnya, pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis kek. Untuk kata nama abstrak, jenis boleh diabaikan selepas pelbagai. Contohnya, pelbagai aktiviti, pelbagai haiwan, pelbagai sayur, pelbagai buah dan lain-lain. | Jenis bermaksud golongan benda termasuklah binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya. Ini bermakna kata nama jenis boleh digandingkan dengan pelbagai kata dan tidak ada panduan dalam buku tatabahasa yang menetapkan golongan kata tertentu sahaja boleh bergandingan dengan kata jenis. | Lain-lain | 14.03.2012 |
Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan) | Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
salam 1Malaysia, saya memohon pengesahan/pembetulan mengenai ayat yang dinyatakan berikut: Berdasarkan hasil analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan pernyataan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding bandar bagi item yang dipersetujui oleh responden guru. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju responden guru bandar adalah lebih tinggi berbanding responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh responden guru. terima kasih untuk kerjasama pihak tuan. | Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding dengan responden guru bandar bagi item yang dipersetujui oleh mereka. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju menunjukkan responden guru bandar lebih tinggi berbanding dengan responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh mereka. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
Salam. Boleh atau tidak dirumuskan bahawa ayat dasar, ayat inti, ayat mudah, dan ayat tunggal adalah sinonim dan mempunyai ciri-ciri yang sama? Mohon penjelasan jika wujud perbezaan ketara antara keempat-empat istilah tersebut. Terima kasih. | Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat inti merupakan salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Ada perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal. Tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dsbnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 437. | Tatabahasa | 09.11.2010 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |