Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai terjemahan yang sesuai bagi istilah "enable" dan "disable" dalam konteks antara muka pengguna (UI) aplikasi digital. Contoh ayat dalam UI: "Enable notifications" "Disable location services" "Key material disabled" "Notifications are disabled" Mohon juga pengesahan sama ada istilah "dayakan" dan "nyahdayakan" diiktiraf serta sesuai dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi dan konteks teknologi aplikasi digital. Terima kasih atas bantuan dan penjelasan pihak DBP.Berdasarkan penelitian dalam Kamus Dewan Perdana DBP, pihak kami tidak menemukan entri tentang nyahdayakan. Hanya entri dayakan ditemukan dalam kamus tersebut iaitu menjadikan (seseorang atau sesuatu) mempunyai tenaga atau kekuatan untuk bergerak atau melakukan kerja. 


Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.
Penyemakan dan penterjemahan01.03.2026
salam, tepatkah jika sy menterjemahkan enable/enabling= dayakan/mendayakan; disable=nyahdaya? konteks ayat untuk penggunaan software.terima kasih

Cadangan padanan terjemahan untuk enable/enabling ialah membolehkan, manakala disable ialah lumpuh, kelumpuhan. Walau bagaimanapun,  padanan yang tuan beri bergantung pada konteks ayat dan penggunaannya dalam bidang tertentu.



Penyemakan dan penterjemahan09.04.2021
Saya ingin bertanya, apakah maksud yang sesuai bagi perkataan 'physically challenged'?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "phycically challenged". Sila berikan maksud dan konteks penggunaan perkataan tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Dalam Internet, "physically challenged" mempunyai maksud yang sama dengan "disable", iaitu kurang upaya.Istilah03.01.2017
Saya mencari maksud perkataan 'incapacitation' yang terdapat dalam bidang Criminology. Saya sedang membuat tesis dalam bidang berkaitan. Agak sukar mencari perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbentuk satu perkataan sahaja. Contoh ayat dalam English ialah: "The concept of incapacitation is simple: a person cannot commit crimes while he is in prison—at least crimes against people outside of prison." Contoh lain: "Incapacitation theory holds that punishment should protect the community from the offender, either by confining her physically, or otherwise disabling her from committing future crimes." Sekian, terima kasih.

Berikut adalah makna yang terdapat dalam simpanan kami yang mungkin boleh dijadikan pnduan

  • vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan kelayakan, menyebabkan [sso] tdk layak;
  • 'incapacitated' - adj tdk berupaya.
  •  

    Lain-lain02.12.2008

    Kembali ke atas