Definasi kaunter bersepadu | Satu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematik | Makna | 10.05.2005 |
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan? | 1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan 2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma 3. Perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. 4. Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”. 5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat. 6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI) | Tatabahasa | 07.06.2023 |
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang laman web PRPM http://prpm.dbp.gov.my/ - adakah berlaku perubahan pada tab " Perkhidmatan " - di mana pengguna akan disajikan info berbentuk soalan2 & jawapan2 (Q & A) terhadap carian sesuatu kata ? Sekiranya berlaku perubahan pd laman tersebut,bagaimana caranya untuk mengakses semula database soalan2 & jawapan2 (pihak DBP) terhadap sesuatu kata ? Terima kasih. | Untuk makluman saudara, ruangan Arkib Soalan ditutup untuk sementara waktu. Ruangan ini akan dibuka semula untuk paparan awam setelah selesai dikemas kini. | Lain-lain | 10.08.2011 |
1. Apakah perbezaan makna cawangan dan kaunter ? Adakah betul sekiranya menggunakan kenyataan sprt. berikut : Kita ada 24 buah kaunter di seluruh Selangor atau Kita ada 24 buah (penjodoh bilangan buah, sesuai atau tidak) cawangan di seluruh Selangor. Apa yang saya tahu kaunter adalah salah satu komponen di sebuah premis atau cawangan atau pejabat.Tambahan pula di cawangan,sekurang-kurangnya ada 3 kaunter . sekiranya begitu 24 x 3 = 72 kaunter. Harap pencerahan dari pihak DBP. | Salam saudara/saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cawangan merujuk kepada bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (daripada persatuan, pertubuhan dan syarikat.) Manakala kaunter membawa maksud meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kepada pelanggan atau barang-barang yang dipamerkan. Penggunaan penjodoh bilangan 'buah' sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat. | Tatabahasa | 03.08.2012 |