Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disalurkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia bagi setiap set yang dijual. Adakah ayat di atas betul ? disalurkan ke atau kepada ?Sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia hasil daripada setiap set yang dijual.Tatabahasa22.06.2018
A. Sila semak frasa'disalurkan daripada Sarawak' dalam ayat di bawah sama ada penggunaannya betul atau salah. Jika salah, sila betulkan frasa tersebut. Segala sumbangan yang disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. Sila pilih 'dari', 'daripada' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Misi bantuan fasa pertama (dari/daripada) Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan (dari/daripada) beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin (dari/ daripada) Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh (dari/daripada) cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting (dari/daripada) laci dan kotak. 5. Saya keluar (dari/ daripada) bilik tidur. Sekian, terima kasih.

A. 

Segala sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya.


B. 
1. Misi bantuan fasa pertama dari Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan dari beberapa bahagian di negeri ini. 

2. Sumbangan vaksin dari Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas.

3. Akar pokok tumbuh daripada cabang.

4. Saya mengambil dokumen penting daripada laci dan kotak.

5. Saya keluar dari bilik tidur. 

Tatabahasa14.07.2021
Apakah perkataan yang sesuai untuk disikan dalam ayat di bawah. Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan pengguna-pengguna untuk .................... alat-alat elektrik.Kuasa elektrik yang disalurkan digunakan untuk menghidupkan alat-alat elektrik.Tatabahasa19.12.2014
Lampiran Fail.Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan.Penyelidikan13.08.2018
Salam nak tanya, adakah marah, jelas, sindir, sangkal termasuk dalam dialog tag?Soalan puan telah disalurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa untuk tindakan selanjutnya dan pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa akan memberikan maklu balas melalui e-mel puan dalam masa terdekat.Lain-lain23.02.2024
نورالفطين بورهان Jul 9th, 12:14am Cadangan saya supaya semua papan iklan atau sebarang bentuk media yang akan disalurkan kepada awam haruslah ejaannya ditapis oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia agar mengelakkan kekeliruan ejaan sama ada kepada bangsa Melayu sendiri, lebih-lebih lagi kepada bangsa Cina, India dan lain-lain. Harap pertimbangkan cadangan ini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Warga prihatin.Untuk makluman tuan, permohonan iklan di pihak berkuasa tempatan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBP. Kita mengharapkan syarat baru ini dapat memberi makna kepada perubahan imej paparan awam di negara kita.Lain-lain09.07.2015
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya.Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan.Makna22.12.2016
Salam sejahtera. Adakah perkataan video di bawah ini betul? Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan video. Atau pun lebih sesuai ialah... Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan alat video. Terima kasih.Video:  alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);

Tidak perlu menambah perkataan "alat" untuk video kerana makna video itu sendiri merupakan satu alat.
Tatabahasa02.01.2020
Happy EverAfter Didn't Exist Aug 28th, 8:12pm Terima kasih atas maklum balas,saya ada satu soalan. Bagaimana prosedur untuk menghantar karya kepada DBP ?Sila kemukakan karya tuan kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan.Lain-lain28.08.2015
Assalamualaikum, tuan'/puan saya ingin hantar karya yang saya cipta sendiri. Tapi saya tak tahu bagaimanaSila kemukakan karya tuan kepada:

Ketua Editor,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 KUALA LUMPUR.

Karya tuan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan.
Lain-lain04.09.2015
1234

Kembali ke atas