Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disamakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti.Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku.Lain-lain25.02.2008
Jika Snow White disamakan dengan Puteri Salji, maka apakah terjemahan yang sesuai untuk Prince Charming? Adakah cukup dengan istilah Putera Raja?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Putera Idaman.Lain-lain15.01.2021
Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud?Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama.  "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia".  Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. Makna19.12.2014
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "volum" disamakan dengan maksud kelantangan bunyi/suara (volume)? Sekian, terima kasih!Perkataan "volum" digunakan dalam bidang Ekonomi, Perniagaan atau Perakaunan yang membawa maksud banyak atau kuantiti sesuatu dagangan, manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "volume" (berkaitan bunyi) bersinonim dengan "sound" dan  tidak perlu diterjemahkan (loudness of sound, not translate). Namun, sekiranya perlu, kami mencadangkan perkataan ini diterjemahkan sebagai "bunyi kuat atau perlahan" bergantung pada konteks penggunaannya.Makna02.01.2021
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang?Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289.Tatabahasa22.06.2011
Salam sejahtera, saya ingin tanya maksud jati diri. Adakah peribadi boleh disamakan maksud dengan jati diri? Berdasarkan kamus dewan, saya hanya nampak jati diri membawa maksud keperibadian dan identiti. Terima kasih.

"Jati diri" bermaksud: sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya ) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya. Manakala   "Peribadi"  lebih khusus kepada individu sebagai  dirinya sendiri/ orang perseorangan. 2 Sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain.  

Makna06.08.2019
Betulkah ayat ini? Kakak menjahiti adik sepasang baju. ( Adakah penggunaan frasa menjahiti adik.. boleh disamakan dengan frasa menghadiahi adik... ? sedikit keliru..) terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kakak menjahitkan adik sepasang baju". Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan yang berpasangan  dengan awalan me-, apitan me-...-kan membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan "menjahitkan" bermaksud "Kakak melakukan perbuatan jahit untuk adik".Tatabahasa13.03.2015
Apakah istilah Melayu bagi kata "internship"? Kita maklum bahawa "praktikum" istilah Melayu bagi "practicum", iaitu latihan mengajar selama beberapa bulan di sekolah. "Praktikum" tidak mungkin disamakan dengan "internship" dalam konteks pendidikan. "Praktikum" memfokuskan pengaplikasian kaedah pengajaran dan segala teori pendidikan yang dipelajari di sekolah, manakala "internship" pula memfokuskan pengumpulan data di sekolah untuk penullisan tesis. Oleh itu, apakah istilah Melayu padanan yang paling tepat untuk kata "internship" berdasarkan buku peristilahan DBP?Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan internship. Walau bagaimanapun, kami akan mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya  ialah latihan amali, latihan dalaman atau latihan praktikal. 
Istilah28.12.2020
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009
1. Apakah perbezaan antara baru dan baharu? 2. Yang manakah ejaan yang betul, samada sedasawarsa atau sedasawasa yang bermaksud dewasa ini? Terima kasih.Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. Ejaan yang betul ialah sedasawarsa yang bermaksud dekad.Tatabahasa14.06.2009
1234

Kembali ke atas