walaubagaimanapun adakah disambung? | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Ejaan | 06.11.2017 |
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini." | Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Contoh: rambutmu atau rambut mu? Perkataan 'mu' perlu dijarakkan atau disambung? | Kata ganti nama singkat 'mu' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya. Ejaan yang betul ialah rambutmu | Ejaan | 03.06.2020 |
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul. | 1. Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe-...-an menjadi pengelasan. | | Tatabahasa | 17.04.2017 |
1. Jika kata kerja disusuli aku, frasa kerja itu harus disambung atau dipisahkan? Contohnya, membelek-belekku atau membelek-belek aku? Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. | Saudara, Jawapannya frasa kerja itu ditulis terpisah. Walau bagaimanapun kata ganti nama singkat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. | Tatabahasa | 28.02.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai perkataan kau, mu dan ku. Adakah perkataan 'kau' boleh disambung bersama kata kerja dibelakang atau di depannya seperti kaumakan dan pergikau? Bagi 'mu' dan 'ku' pula, bolehkan ia bersambung bersama perkataan selepas atau sebelumnya sebagai contoh, kumilikmu? Bagaimana pula dengan kuberikankau? Terima kasih, Wassalam. | W'salam Unsur klitik seperti 'mu', 'ku' 'kau' tidak boleh berdiri sendiri, perlu digandingkan dengan perkataan di hadapan atau di belakangnya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
bolehkah kita menggunakan perkataan contohnya diawal ayat untuk menyambung ayat sebelum ini atau contohnya itu perlu disambung. terima kasih | Contoh bermaksud model, manakala umpama bermaksud perbandingan atau ibarat. Perkataan contohnya merujuk model sesuatu benda (nya) yang telah dinyatakan sebelum ini dan perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Pegawai bank itu mengatakan simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan? Adakah ayat ini betul ? Adakah perkataan mengatakan mesti disambung dengan perkataan bahawa? COntoh : pegawai itu mengatakan bahawa simpanan ialah menyimpan wang di bank. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Pegawai bank itu menerangkan bahawa simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan" | Tatabahasa | 09.11.2016 |
Bilakah tanda ; boleh digunakan? Apakah maksudnya? | Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: i. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak. ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya. iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. | Tatabahasa | 27.06.2011 |
Saya mohon cadangan utk terjemahan perkatan BI cascading KPI. Boleh kah menggunakan Pelataan Petunjuk Prestasi Utama? | Sila kemukakan konsep cascading untuk rujukan kami. Maksud "cascading" ialah sesuatu keadaan yang berjujukan/bersusun atau disambung secara lata. Adakah makna tepat dalam konteks yang tersebut? | Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2015 |