Saya masih keliru berkenaan penggunaan huruf besar @ huruf kecil untuk kosa kata "guru besar". Yang mana tepat:- A) Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. ATAU B) Hadiah itu disampaikan oleh Guru Besar. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah A) Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. | Lain-lain | 20.05.2010 |
Ramli amat tertarik oleh puisi yang disampaikan oleh Ani. Soalan : Betulkah penggunaan kata 'oleh' dalam ayat di atas? | Cadangan: Ramli amat tertarik akan puisi yang disampaikan oleh Ani. | Lain-lain | 04.08.2009 |
Selamat pagi. 1. Terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Betulkah ayat di atas. Jika tidak, apakah kesalahannya. | Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi." Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja' dan '...di kampung'. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau B | Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan. | Ejaan | 09.11.2016 |
Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk | 1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan. tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan. terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Salam sejahtera. Dalam ayat "Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Dr. Ali bin Abu, pakar perunding obstetrik & ginekologi daripada Hospital Pantai, Batu Pahat", huruf besar atau huruf kecil untuk pakar perunding obstetrik & ginekologi? Terima kasih. | Ejaan yang betul, "Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Dr. Ali bin Abu, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Hospital Pantai. Sila gunakan Pakar Runding atau Perunding Obstetrik & Ginekologi. | Tatabahasa | 07.07.2014 |
Manakah yang paling tepat, 1. Pelancong itu tertarik .......puisi yang disampaikan oleh Siti. a. pada b. kepada c. dengan d. oleh HARAP DAPAT JELASKAN SEBAB JAWAPAN DIPILIH. TERIMA KASIH | Pelancong itu tertarik kepada puisi yang disampaikan oleh Siti. Penjelasan: Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat berikut : 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. Jika ada, mohon diperbetul. Terima kasih. | 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan olehnya amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. | Tatabahasa | 10.03.2015 |
Adakah ayat berikut betul? Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. | Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
adakah terdapat kesalahan pada ayat berikut yang digunakan untuk papan tanda: Tulis badan kenderaan? Jika salah apa pembetulan untuk ayat tersebut? | Sebagai pembaca kami tidak memahami apa yang hendak disampaikan dalam ayat tersebut. Untuk membetulkan ayat tersebut kami memerlukan maklumat atau maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 21.03.2012 |