Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee. | 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
menggendong. | Menggendong bermaksud mendukung (di belakang, di pinggang,dll) dengan kain yang disangkutkan ke leher. | Makna | 06.08.2008 |
Assalamualaikum, persoalan saya adakah istilah lanyard perlu dieja miring (italik)? Terima kasih. | Kata "lanyard" iaitu tali yang boleh disangkutkan wisel, pen, kad nama dan sebagainya padanya dan digantung pada leher, tidak perlu diitalikkkan atau dimiringkan. | Ejaan | 10.05.2024 |
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |