Segala jasa beliau disanjung tinggi oleh masyarakat. Erti bagi perkataan sanjung ialah A. Puji. .B. Hormat | Kamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan sanjung sebagai menyanjung, iaitu memberi penghargaan terhadap sesuatu yang baik dll; memuji: Mereka menyanjung kebaikan budi orang-orang yang telah membantu mereka ketika banjir dahulu. | Makna | 19.05.2015 |
salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Assalamualaikum, Bagaimanakah ejaan yang betul bagi imbuhan 'di' perkataan-perkataan berikut. Adakah dieja dekat atau berasingan? 1) dijulang 2) dijunjung 3) disanjung Terima kasih. | Ketiga-tiga ejaan tersebut betul (rapat). | Istilah | 25.10.2016 |
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat. | Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya. Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut. | Sastera | 09.07.2018 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
bagaimana cara saya hendak mendapatkan contoh peristiwa bahasa? | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan merujuk pada bahan seperti dibawah : 1. Peristiwa Bahasa / Darwis Harahap; DBP; 1989 2.100 tahun pergerakan bahasa dan sastera Melayu 1888-1988 3. Perjuanganmu disanjung (buku cenderamata khas ulang tahun DBP ke 40 tahun) | Lain-lain | 19.10.2010 |
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih. | Saudara Norazizah, Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung | Lain-lain | 02.09.2009 |