| Slm, Minta check ayat di bawah. 1)Puisi-puisi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang selepasnya. (perkataan yang harus dibuang?) 2)Beliau merupakan ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, dan pemuisi. (tanda , sebelum dan perlu ada atau tidak?? thanks :) | 1. Puisi-puisi beliau dipuji dan dibicarakan oleh para sasterawan Cina selepasnya. 2. Beliau ialah ahli astronomi, ahli matematik, pencipta dan pemuisi. | Tatabahasa | 25.08.2015 |
| Apakah tindakan yang akan diambil DBP untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar? | Sebagai badan yang dipertanggungjawakan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini, DBP sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kebahasaan agar bahasa Melayu disanjungi dan terus di mercu. Antara program yang DBP jalankan untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ialah mengadakan Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Forum Pelajar, Akademi Sastera dan pelbagai seminar yang boleh disertai oleh pelajar. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan usaha yang dilakukan oleh DBP untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau melayari laman Dewan Bahasa dan Pustaka, www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 13.08.2008 |
| Mohon pencerahan berkaitan papantanda di Negeri Melaka yang ada perkataan Bandaraya Bersejarah. Soalan: Adakah ejaan untuk Negeri Melaka telah diwarta sebagai Bandaraya ataukah perlu TUKAR kepada Bandar Raya? Moga mendapat pencerahan dan Kirannya ada sokongan rujukan amatlah disanjungi dan dihargai. | Kata nama khas yang telah diwartakan, ejaan “bandaraya” ditulis rapat, iaitu “Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah”, manakala bagi kata nama am “bandar raya” ditulis terpisah. | Ejaan | 11.12.2023 |
| salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |