assalamualaikum tuan/puan, saya ingin bertanya ayat "Oleh itu, disarankan agar guru mmpersiapkan diri dengan keilmuan psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan". Adakah ayat ini tepat dan adakah perkataan disarankan agar sesuai digunakan atau hanya disaran agar sahaja? sekian, terima kasih. | Oleh itu, guru disarankan agar mempersiapkan diri dengan ilmu psikologi untuk mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
macam mana hendak menjadi seorang yang mengetahui tentang sastera | Saudara disarankan membaca buku tentang sastera yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbitan lain. Saudara juga disarankan membaca makalah tentang sastera yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia setiap hari Ahad. Saudara boleh menjadi Rakan Dewan untuk membolehkan saudara menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti menggunakan pekhidmatan perpustakaan, membeli buku sastera dengan potongan harga, menghadiri seminar tentang kesusasteraan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 21.12.2007 |
Anggota kerja telah disarankan oleh Ketua Jabatan untuk disarakan kerana masalah kesihatan. Soalannya: Betulkan penggunaan perkataan DISARAKAN dalam ayat di atas? | Puan, Perkataan yang lebih sesuai dan betul ialah bersara. Oleh itu ayat yang betul ialah ' Anggota kerja telah disarankan untuk bersara kerana masalah kesihatan'. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Assalamualaikum, Saya hanya ingin bertanya bagaimana caranya sekiranya saya ingin menulis cerpen/novel dan mendapatkan sumber kewangan melaluinya? | Saudara disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik mengarang cerpen dan novel . Saudara juga disarankan supaya bergiat dalam persatuan penulis supaya dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang hebat, di samping mengikuti kursus atau bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga boleh menjadi Rakan Dewan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran tahunan di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang penulisan sila hubungi Sdr. Azmi melalui e-mel azmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.02.2008 |
Apa terjemahan yang disarankan bagi 'cervical incompetence' (perubatan)? | Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah 'cervical incompetence' ialah serviks tak kompeten.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.12.2019 |
Kami telah mengubah perkataan seperti yang disarankan oleh DBP sebelum ini. Terima kasih | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portak "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 04.11.2015 |
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih. | Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
Salam sejahtera, Bagi terjemahan "multi-meter", adakah dalam bahasa Melayu penggunaan sengkang disarankan atau "multimeter" juga boleh digunakan? Terima kasih. | Perkataan multimeter (Kamus Pelajar Edisi Kedua) boleh digunakan sebagai padanan terjemahan "multi-metre". | Lain-lain | 09.06.2019 |
Salam sejahtera, Aakah terjemahan yang sesuai untuk "whiteheads"? Adakah terjamahan "jerawat putih" atau "bintik putih" disarankan? "whiteheads" ialah masalah pada wajah. Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Jika istilah white head dirujuk dalam bidang Pentadbiran perniagaan membawa maksud bintik putih. Bintik putih ialah nodul kecil berwarna putih pada kulit khususnya muka, merupakan kelompok keratin bulat yang terdapat betul-betul di bawah epidermis dengan diameter sehingga 4 cm. | Makna | 27.09.2017 |
Salam. Minta buat pengesahan bahasa untuk pengunaan iklan Bilboard. 'Penuh Kejutan Besar' bolehkah ia digunakan? Jika tidak apakah perkataan yang disarankan? Terima Kasih | Frasa ini kurang tepat kerana kejutan tidak ada saiz sama ada kecil atau besar, sila pinda kepada ungkapan yang lebih sesuai seperti "Penuh Kejutan". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 07.05.2015 |