Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disatukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat?
Salam sejahtera,

Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama.

Sekian, terima kasih.
Makna20.12.2019
Terima kasih atas jawapan berkaitan perkataan "dewan serbaguna". Kami yang pernah mengikuti kursus bahasa Melayu yang dianjurkan oleh DBP telah diajar; terdapat 15 perkataan kata majmuk yang disatukan, iaitu: 1. Antarabangsa 2. Beritahu 3. Bumiputera 4. Jawatankuasa 5. Kakitangan 6. Kerjasama 7. Olahraga 8. Setiausaha 9. Sukarela 10. Suruhanjaya 11. Pesuruhjaya 12. Tandatangan 13. Tanggungjawab 14. Warganegara 15. Matahari Soalan saya: a. Mengapa "serbaguna" tidak tersenarai? b. Ada perkataan selain daripada 15 yang tersebut? c. Jika ada, bolehkah saya dapat senarai penuh (kata majmuk yang boleh disatukan) Sekian, terima kasih. Paul ChaiSerbaguna sebagai padanan "multipurpose" dalam bahasa Melayu dan dianggap sebagai istilah khusus dalam bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Dalam bentuk kata umum kita menerimanya sebagai satu perkataan, walau bagaimanpun kata ini tidak dikategorikan sebagai kata majmuk yang telah mantap.Tatabahasa09.09.2011
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih

1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza.

2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja.

Lain-lain02.03.2009
Ini berkaitan permohonan penamaan bangunan. Kami ingin membuat permohonan untuk hak cipta terpelihara bagi nama 'CONTINEW', dimana 2 perkataan bahasa inggeris disatukan; iaitu Continue dan New. Minta tolong tuan/puan memberi nasihat jika ada apa-apa masalah dan bagaimana untuk teruskan?Terima kasih.DBP akan mengesahkan penggunaan nama yang baik dan betul dalam bahasa kebangsaan. Antara ciri penamaan yang baik dan betul termasuklah menggunakan bahasa kebangsaan dan bercitra kebangsaan, seperti "Menara Idaman". DBP tidak mengesahkan nama Continew kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan.Tatabahasa01.08.2016
Bolehkah digunakan perkataan SECAPAIAN? Bila saya merujuk kepada Pusat Rujukan DBP, tiada dalam carian. Melainkan perkataan CAPAI dan CAPAIAN. Maka, bolehkan imbuhan awalan SE disatukan dengan CAPAIAN?Se- ialah awalan yang bermaksud satu seperti sekali dan sehari yang bermaksud satu kali dan satu hari. Tidak ada contoh perkataan secapaian dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa31.05.2016
Salam. Manakah yang betul, "hubungkaitkan" atau "hubung kaitkan"? Contoh: Hubungkaitkan kandungan haba dengan jisim air. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah hubung kait, hubung kaitkan dan dihubungkaitkan. Apabila menerima apitan barulah disatukan ejaannya.Tatabahasa15.01.2015
Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya.Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut.Lain-lain05.06.2010
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008
1- Consolidated Statement 2- The figures and balances shown will be considered correct unless the Bank is notified of any discrepancy within fourteen (14) days. 3- Any changes of address and telephone number must be promptly advised to the Bank. 4- Any error or discrepancies should be reported to the Bank within 14 days failing which, the consolidated statement will be deemed conclusive and the Bank shall be discharged from all liability and in this respect your attention is drawn to the relevant product's Specific Terms and Conditions (applicable to all accounts) from time to time in force.Istilah bahasa Melayu untuk "consolidated statement" ialah penyata kewangan disatukan. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan.Istilah21.09.2016

Kembali ke atas