Salam tuan/puan, Dalam ucapan, kata sapaan seperti 'Yang Dihormati..., Yang Berusaha..., Yang Diraikan..., Yang Disayangi...' menggunakan huruf besar atau kecil? Apakah alasannya? Terima kasih. | Yang Dihormati dan Yang Berusaha ditulis dengan huruf besar kerana panggilan rasmi. Yang Diraikan dan Yang Disayangi merupakan penggunaan yang tidak formal. | Lain-lain | 19.12.2014 |
Assalamualaikum pihak DBP yang disayangi sekalian . Saya ada ditugaskan untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu . Namun ada beberpa frasa , terma dan perkataan yang agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan menyebabkan saya buntu . Berikut adalah beberapa frasa , perkataan dan ayat yang dimaksudkan : -The Way of Strategy -sword-fencing -The comparison with carpentry is through the connection with houses. Houses of the nobility, houses of warriors, the Four houses, ruin of houses, thriving of houses, the style of the house, the tradition of the house, and the name of the house. ( Saya tidak faham perkataan atau makna tepat (house ) yang dimaksudkan , samada uanya bermaksud rumah atau keturunan ) Itu sahaja , sekiranya saya ada lagi kemusykilan , Insyallah saya akan bertandang ke sini lagi . Terima Kasih | Perkataan "rumah" dalam konteks ini boleh dipadankan dengan golongan, kategori atau jenis bergantung pada kesesuaian penggunaan perkataan. | Makna | 14.06.2020 |
Gaza Care | Cadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatian | Lain-lain | 12.02.2009 |
Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka. | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka? | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA" | Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih. | Makna | 15.05.2009 |
"bagaimana untuk menggunakan ayat dengan betul untuk menyatakan : hargailah makanan yang ada hargailah atau sayangilah buku-buku " | Perkataan hargai dan sayangi kedua-duanya membawa maksud kausatif, iaitu menyebabkan sesuatu dihargai/disayangi. Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut seperti hargailah makanan yang ada. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Mohon semakan penggunaan tagline seperti berikut: Sayangi pantai kita atau Sayangkan pantai kita Yang mana satu yang betul dan mohon penjelasan Terima kasih | Salam sejahtera, Puan, Berdasarkan data kami, sayangi membawa maksud kausatif, iaitu menyebabkan sesuatu disayangi. Sayangkan pula membawa maksud suka akan, gemar akan. Berdasarkan konteks ayat di berikan sayangi pantai kita lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 05.06.2017 |
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |