| Terjemahan penyakit tulang belakang 'collapsed disc' | Kami mencadangkan perkataan collapsed disc diterjemahkan kepada cakera tulang teranjak. | Istilah | 14.11.2014 |
| Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi "extrusion apparatus" dan juga "anchoring disc"? (digunakan untuk menerangkan struktur spora) Sebelum ini saya terjemahkan kepada radas penerobosan dan cakera berlabuh. | Cadangan terjemahan kami, extrusion apparatus - radas penerobosan, manakala anchoring disc - cakera penambat. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2016 |
| 1) APAKAH MAKSUD DVD DALAM BAHASA MALAYSIA DAN TAFSIRANNYA? 2) APAKAH MAKSUD VCD DALAM BAHASA MALAYSIA DAN TAFSIRANNYA? | DVD ialah digital video disc atau cakera video digital. Manakala VCD pula ialah video compact disc ataupun cakera padat video. T.kasih. | Makna | 26.09.2008 |
| Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "bootable". Contoh ayat: Windows bootable disc Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah boleh but. | Istilah | 28.06.2016 |
| Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "burning" yang berasal dari perkataan "burn". Contoh ayat: Burning image file to the disc Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah menyalin. | Istilah | 28.06.2016 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax disk"? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Tax_disk Terima kasih. | Dalam konteks negara kita tax disc ialah road tax atau padanannya ialah Cukai Jalan. Sila sesuaikan terjemahan tersebut dengan konteks yang diperlukan sama ada bahasa sumber atau bahasa sasaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
| Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada dinyatakan tentang peraturan penggunaan Inti KN + Inti KN. Jadi, adakah salah jika ada yang memanggil "Saya, Faizah Munsyi". Alasannya, ada frasa yang menyatakan "Encik Ali Pengetua SMK Jelatek". Mohon penjelasan. 2. Apakah jawatan yang sesuai untuk merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan Sepanduk atau Gegantung? Mungkinkah Pereka bentuk dan grafik? 3. Perkataan 'tertentu' dan 'boros' merujuk kepada golongan kata apa? 4. Istilah BM untuk merujuk kepada 'portable hard disc', apa? Terima kasih. | 1. Jika tuan maksudkan FN (Subjek) + FN (Predikat), struktur ayat tersebut memang betul. Cntoh lain, Ali seorang guru - Ali (Subjek - FN) dan seorang guru (Predikat - Frasa Nama). 2. Nama jawatan yang sesuai ialah Pereka Bentuk. 3. Tertentu ialah kata keterangan dan boros ialah kata kerja. 4. Padanan portable hard disc dalam bahasa Melayu ialah "cakera keras mudah alih". | Tatabahasa | 09.05.2012 |
| Apakah perbezaan di dengan pada ? | Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. disc;"> - Contoh ayat:
- Ibunya bekerja di sekolah itu.
- Dia tinggal di Kuala Lumpur.
- Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
Kata sendi nama "pada" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. disc;"> - Contoh ayat:
- Seminar itu bermula pada hari ini.
- Wang itu ada pada ibu.
- Tulis nama pada kertas ini.
- Pada saya, kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 – 276. | Tatabahasa | 21.08.2025 |
| Assalamualaikum tuan, sekolah kami ada penulis dikalangan guru yang telah menulis manuskrip berkisar novel remaja sekolah agama. Adakah kami berpeluang menerbitkan novel kami di bawah DBP? | Salam sejahtera, PENERBITAN NOVEL DBP Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: disc;"> - Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
- Novel minimum 200 halaman (dewasa)
- Sediakan sinopsis novel
- Sediakan surat penyerahan manuskrip.
- Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my
Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.03.2022 |
| Adakah pihak DBP mengendalikan sebarang ujian bahasa Melayu kepada warganegara asing yang ingin mendapatkan certificate dalam bahasa Melayu? Jika tidak, badan manakah yang perlu dirujuk dalam perkara ini? | Tuan/puan, Berkenaan dengan perkara tersebut, mohon pihak tuan tanyakan persoalan ini kepada Akademi DBP kerana perancangan pernah dibuat oleh Akademi DBP. Boleh hubungi Akademi DBP melalui disc; font-size: 16px; font-family: georgia, "bitstream charter", serif; vertical-align: baseline; background: rgb(255,255,255); white-space: normal; word-spacing: 0px; text-transform: none; font-weight: normal; color: rgb(51,51,51); padding-bottom: 0px; font-style: normal; padding-top: 0px; padding-left: 0px; margin: 0px 0px 0px 1.5em; orphans: 2; widows: 2; letter-spacing: normal; padding-right: 0px; text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;border: 0px;"> - Encik Mohd Asri bin Mohammad 03-2147 9323/019-3412 32 /asri_m@dbp.gov.my
- Encik Mohd Amran bin Daud 03-2147 9223 / 019- 9934 09/ amran2@dbp.gov.my
- Puan Zaidah binti Md Samin 03-2147 9227 /012-6106 256/ zaidahms@dbp.gov.my
| Lain-lain | 30.04.2017 |