Apakah padanan bagi perkataan "exit discharge"? Contoh ayat: Building below level of exit discharge of 1000 square metres and over Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi exit discharge dalam konteks tersebut ialah "laluan keluar". | Lain-lain | 04.04.2022 |
pihak kami akan menghantar Discharge voucher kepada pihak tuan selepas ditandatangani oleh klien kami | Discharge voucher bermaksud baucar pembayaran. Penggunaannya bergantung kepada kesesuaian konteks dan situasi ayat. | Lain-lain | 03.10.2010 |
Selamat pagi. Apakah perkataan yang sesuai bagi "discharge" yang bermaksud pesakit yng sembuh dibenarkan keluar dari hospital? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "discharge" yang dimaksudkan ialah "daftar keluar". | Makna | 05.01.2021 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "stowage", “custody”, “care” dan “discharge of such goods” dalam konteks ayat di bawah: “… under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care, and discharge of such goods, shall be subject to the responsibilities and liabilities, and entitled to the rights and immunities hereinafter set forth.” Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan berikut sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan puan. 1. Stowage: penyimpanan 2. Custody: pemerhatian 3. Care: penjagaan 4. Discharge of such goods: pemunggahan | Lain-lain | 24.09.2021 |
Mohon terjemahkan istilah berikut: 1. Condenser Discharge Ignition (CDI) 2. Ignition timing 3. Before Top Dead Center 4. Ignition Coil Primary Winding 5. Starting battery 6. Deep cycle battery 7. Cell connector 8. Terminal post 9. Vent cap 10. Throttle body 11. Throttle position sensor 12. Idle air control 13. Manifold absolute pressure 14. Manifold air temperature 15. Vapor Separator 16. Fuel distributor 17. Fuel cooler 18. Pressure regulator 19. Engine coolant temperature sensor 20. Oil pressure switch 21. Crankshaft position sensor 22. Camshaft position sensor 23. Idle speed control | Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk perkataan-perkataan ini, sila nyatakan konteks penggunaannya. | Istilah | 07.01.2020 |
Apakah istilah "filling or draining" dalam BM yang sesuai dalam konteks ayat berikut:- dredging, reclamation, deepening, filling or draining of or the discharge of any substance, matter or thing into any water source... | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa filling or draining ialah pengisian atau pengaliran. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.05.2023 |
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”. | Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 25.10.2021 |
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih. | Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan. | Istilah | 29.12.2012 |
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai? | 1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient. 1. (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”. 3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut: “tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Istilah | 18.11.2018 |
strand 1 vt (usu pass.), (run aground) dampar; (stopped from continuing) terkandas: the vessel was ~ed on a sandbank, kapal itu terdampar di tebing pasir; he was ~ed in Karachi, dia terkandas di Karachi; Kamus Inggeris-Melayu Dewan maroon 1 vt 1. abandon , membuang, mengasingkan: they ~ed the poor sailor on an island , mereka membuang kelasi yg malang di sebuah pulau; 2. ( always pass. ) strand , terkandas, terdampar: the survivors Kamus Inggeris-Melayu Dewan Sesuaikah "stranded patient" diistilahkan sebagai "pesakit terkandas" | Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient boleh diterima berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). | Istilah | 18.11.2018 |