disclaimer | penafian | Makna | 20.04.2007 |
Untuk menyatakan (disclaimer) bahawa sesuatu aplikasi / sistem hanya boleh digunakan oleh peranti yang mempunyai kad SIM, blehkah ayat ini digunakan? "Hanya untuk peranti yang berkad SIM" Jika tidak, apakah ayat yang sesuai untuk membuat penyataan itu ? Terima kasih | Ya, ayat tersebut boleh digunakan. | Lain-lain | 07.11.2014 |
Translation utk disclaimer? Mengikut carian kata adalah "penafian"...adakah kata ini yang sering digunakan.Tq | Padanan bahasa Melayu bagi kata disclaimer ialah penafian. Saudara boleh menggunakan kata ini. | Istilah | 01.08.2008 |
Salam sejahtera, saya sedang membuat satu perbentangan video mengenai topik jenayah yang memerlukan "Peringatan!" pada awal video. Bolehkah pihak tuan-puan menyemak jika terdapat sebarang kesalahan tatabahasa atau berikan sedikit cadangan? Peringatan! Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. Program ini juga bukanlah jemputan atau pengiktirafan yang dipersetujui mana-mana pihak bagi penonton untuk menganggu individu-individu yang dipaparkan atau disebut dalam video ini. Budi bahasa/bicara (baik dalam bahasa lisan ataupun tulisan) penonton amat diharapkan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak boleh membetulkan pernyataan penafian bagi video tertentu kerana dikhuatiri melanggar makna atau peraturan yang berkaitan. Sebaik-baiknya tuan mendapatkan contoh pernyataan penafian (disclaimer) yang telah sedia ada dengan meminta pandangan Jabatan Penerangan Malaysia atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2023 |