Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pendedahan: he made a public ~ of the firm’s controversial dealings, dia membuat satu pendedahan umum ttg urusan kontroversi syarikat itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disclosure


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan Non Disclosure Agreement (NDA)? terima kasih Tuan /Puan. wassalam, linmdUntuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Non-Disclosure Agreement (NDA)?”. Akan tetapi, menurut umum, “Non-Disclosure Agreement (NDA)” bermaksud terdapat satu kontrak yang sah antara dua atau lebih pihak yang menandakan wujudnya hubungan antara pihak yang terlibat. Hubungan tersebut merujuk maklumat yang akan dikongsikan antara pihak terbabit tetapi tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Untuk lebih terperinci, tuan/puan boleh menghubungi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).  Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Ahmad Saufe Mar 2nd, 2:20pm Salam pentadbir, Saya ingin mendapatkan pandangan pihak dbp. Antara istilah bm di bawah, yang mana satu paling tepat penggunaannya. 1. Helaian Pendedahan Produk @ 2.Helaian Penzahiran Produk Istilah dalam bahasa inggeris : product disclosure sheet Mohon penjernihan.Dalam kebanyakan bidang perkataan disclosure diterjemahkan kepada pendedahan. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "helaian pendedahan produk".Penyemakan dan penterjemahan02.03.2015
Salam, boleh saya dapatkan terjemahan untuk perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Melayu. 1) On real time basis 2) opened with 3) Loan Risk Disclosure Statement 4) Once submitted 5) Add FavouriteSila lampirkan ayat penuh atau dalam konteks apa frasa ini digunakan.  Makna dan istilah mungkin berbeza mengikut konteks ayat.Makna09.03.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan.

Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP.

 Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2017
Salam Sejahtera, Saya nak tanya penggunaan "competing interest" dalam aspek penerbitan jurnal dalam bahasa melayu apa ya? Boleh berikan penjelasan dan cadangan dalam bahasa melayu? Contoh ayat: Reviewers will be asked to comply with the competing interests disclosure policy you specify below.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi istilah competing interest. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bagi perkataan competing yang boleh digunakan, iaitu persaingan, bersaing. Pihak kami mengemukakan istilah ini kepada JK Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan29.04.2019

Kembali ke atas