Salam sejahtera. 1. Adakah perkataan 'disebabkan' boleh digunakan bersama dengan 'oleh' seperti 'disebabkan oleh'? 2. Perkataan 'disebabkan' merupakan golongan kata apa? Adakah perkataan ini tergolong dalam kata kerja? | Perkataan disebabkan boleh digunakan dengan perkataan 'oleh' seperti 'disebabkan oleh'. Perkataan disebabkan merupakan kata kerja pasif. | Tatabahasa | 11.07.2019 |
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh? | Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran. | Tatabahasa | 13.11.2016 |
Bilakah masa yang sesuai bagi penggunaan istilah/frasa 1) terutamanya disebabkan oleh 2) disebabkan terutamanya oleh | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua frasa tersebut, namun berdasarkan pangkalan data kami penggunaan "disebabkan terutamanya oleh" lebih banyak berbanding frasa "terutamanya disebabkan oleh". | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Salam DBT. Mohon jelaskan , manakah ayat yang tepat dan gramatis? 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa. | 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa. Ketiga-tiga ayat ini ayat gramatis. | Tatabahasa | 20.06.2016 |
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah bankrap. Bolehkah Penggunaan "Disebabkan" digunakan sebagai penanda wacana depan ayat? Terima kasih. | Perkataan "Disebabkan" tidak boleh digunakan sebagai pangkal ayat. Tambahan pula "Disebabkan" bukan penanda wacana. Penulisan begini lebih kepada gaya bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Disebabkan saya pertama kali membuat permohonan, saya tidak isi untuk Nama syarikat. Tetapi selepas lulus pengesahan, Nama syarikat atas nama individual. Bolehkah sijil diubah kepada Nama syarikat Yin Cheong Air-Cond & Refrigerator Services? Sekali terima kasih. | Nama yang tertera pada sijil tidak boleh diubah. Sila daftar baharu dan buat permohonan semula. | Lain-lain | 03.04.2017 |
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah jatuh. Penggunaan "jatuh" dalam ayat ini salah. Adakah "bangkrap" lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut? | Perkataan yang lebih sesuai ialah bankrap. Bankrap bermaksudmenderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dapat diteruskan. Kedua, jatuh miskin dan habis harta bendanya. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
20. Pelanggaran itu bukan disebabkan jalan yang bengkang-bengkok tetapi sikap Amzar yang terlalu gopoh. A pelanggaran itu tidak disebabkan B Perlanggaran itu bukan disebabkan C Pelanggaran itu bukan oleh sebab D Pelanggaran itu bukan disebabkan munsyi, apakah jawaban paling sesuai, pada pendapat saya bahawa pelanggaran sesuai digunakan kerana berasal daripada konteks ayat, Amar melanggar tetapi jawaban ia;ah B, adakah jawaban ini munasabah? TQ | Pada pandangan kami, jawapan B yang betul kerana menceritakan perihal kejadian (berlanggar) tersebut.
| Tatabahasa | 11.03.2012 |
Mana satukah yang betul? - Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang. - Kalau bukan disebabkan awak, saya pasti sudah menang. | Ayat yang betul, Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Selamat sejahtera tuan/puan, 1. Ini disebabkan oleh kecuaiannya. 2.Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya. 3 sehubungan itu atau sehubungan dengan itu ayat 1 atau ayat 2 ,mana yang betul, atau kedua-dua ayat betul? untuk ayat 3, mana satu frasa dikira betul? Terima kasih didahulukan | Frasa yang gramatis adalah seperti berikut: 1. Hal ini disebabkan oleh kecuaiannya. 2. Sehubungan dengan itu,.. | Tatabahasa | 01.07.2014 |