Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disebalik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam 1 Malaysia. saya memohon penjelasan sama ada perkataan 'disebalik' dalam ayat berikut perlu dijarakkan atau digabungkan: 1. Disebalik kejayaan pelajar di peringkat antarabangsa 2. Disebalik pelbagai pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan, tugas mengajar adalah sesuatu yang ‘unik’ berbanding dengan kerjaya yang lain terima kasih. sekian. sekian terima kasih.Untuk makluman, perkataan di sebalik yang membawa maksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara, mesti dieja dengan cara menjarakkan kedua-dua perkataa tersebut dan tidak boleh dirapatkan.Tatabahasa03.12.2015
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha?Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darabkadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut.Makna12.03.2024
DI SEBALIK SEDAP, ADA KEBAIKANNYA. SOALAN SAYA, BERDASARKAN AYAT DI ATAS. PERKATAAN DI SEBALIK ITU PERLU DEKAT ATAU JAUH? DISEBALIK ATAU DI SEBALIKDI SEBALIK perlu dijarakkan.Tatabahasa07.08.2021
saya keliru dengan jawatan-jawatan yang ada dalam bidang kejuteraan. kadang-kadang saya jumpe mengunakan istilah Ir seperti Ir Abdul Halim. Kadang-kadang saya jumpa Sr seperti Sr Izam Bakar. Apakah makna disebalik istilah Ir dan Sr? Adakah istilah Ir dan Sr diterima dalam bahasa Melayu?Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Ir ialah singkatan untuk insinyur yang bermaksud jurutera. Sr. tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, setelah merujuk dalam Internet, Sr adalah daripada perkataan "surveyor" yang bermaksud juruukur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, tuan boleh merujuk kepada Jabatan Kerja Raya.Makna10.03.2013
Selamat sejahtera tuan/puan, Ini berkenaan ejaan bahasa yang saya rasa kurang baik maksudnya. Ejaan tersebut mungkin boleh diubah agar leih tepat lagi. Saya mohon pihak tuan/puan meneliti perkataan tersebut & buat perubahan yang positif. Perkataan tersebut Ialah melayu. Jika di lihat daripada perkataan me maksudnya sedang, layu saya rasa tuan/puan tahu maksudnya. Jika dilihat disini maksud disebalik perkataan melayu ialah sedang layu ejaan yang kurang baik untuk mencerminkan bangsa. Cadangan saya perkataan itu ditukar ejaannya ke mlayu yang saya rasa mencerminkan bangsa dan tiada maksud yang lain selain daripada nama sesuatu bangsa. Sekian harap maaf jika ini menyebabkan rasa kurang senang tuan/puan. Niat saya adalah untuk keutuhan bahasa yang dijunjung.

Tuan Net, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pada pandangan saya tuan sepatutnya tidak menyempitkan makna perkataan melayu itu, memang betul makna layu ialah tidak bermaya namun saya rasa banyak perkataan lain yang melambangkan bangsa lain didunia ini membawa makna yang negatif dalam bahasa Melayu, namun kita tidak pernah mempertikaikannya. Saya sebagai seorang Melayu, cukup berbangga dengan nama ini. Jadi janganlah soal remeh seperti ini ditimbulkan. Terima kasih.

Makna04.06.2009
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, 1. maaf. kenapa saya tak terima email jawapan atas soalan saya yang bertarikh 30/4/2018 yer? Tapi saya dah terima jawapan di laman dbp ini. Ada masalah dalam alamat email saya ke? Terima kasih 2. maaf tapi disebabkan ingat dbp takdapat soalan 30/4/2018 jadi saya buat soalan smlm. tak perlu lagi la jawap soalan semalam. cuma satu soalan di bawah ni tolong jawap yer. 3. Saya minat dalam memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. 4. Lanjutan daripada soalan bertarikh 30/4/2018. Soalan no 2. Saya tidak tanya maksud disebalik istilah tsbt. Namun mempersoalkan legitimasi penggunaan istilah tsbt walaupun tiada dalam kamus. Mengapa perkara berikut boleh berlaku? Mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah yang tidak wujud dn diiktiraf di dalam kamus dbp spt "inkuiri kurikulum"? 5. Spt istilah inkuiri kurikulum. Mengapa syot layar belum dikamuskan tetapi dibenarkan penggunaanya? Saya harap pihak dbp segera mengkamuskan istilah inkuiri serta syot layar. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan carian khalayak ramai. Untuk makluman tuan, perkataan legitimasi terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=legitimasi untuk carian perkataan tersebut. 
Perkataan inkuiri kurikulum dan syot layar  telah terakam dalam daftar kata istilah yang boleh dilayari pada capaian http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=inkuiri+kurikulum&d=69812&#LIHATSINI . Tuan boleh melayari prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan yang hendak digunakan. Oleh itu, tuan akan memperkayakan kosa kata kerana segala maklumat seperti tesaurus dan kosa kata boleh didapati.
Tatabahasa22.05.2018

Kembali ke atas