| definisi globalisasi | Globalisasi bermaksud proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi. | Makna | 06.02.2009 |
| Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"? | Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan. | Sastera | 10.03.2024 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GLOTALISASI DAN CONTOH-CONTOHNYA | Puan, Makna globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Makna | 11.08.2010 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam. | Makna | 19.07.2008 |
| Saya ialah penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan “insya-Allah”. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan “In Shaa Allah” (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP? | Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah. | Ejaan | 30.12.2012 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENGELAKKAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam | Makna | 19.07.2008 |
| Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih. | Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen. | Istilah | 14.09.2017 |
| Saya Zulkiflee Aromat Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Universiti Fatoni.Ingin Bertanya DBP,Apakah Maksud puisi Lama Terimakasih | Puisi lama dikenali sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. Puisi tradisional bersifat kolektif, milik bersama masyarakat, tidak menyatakan nama penulis atau pengarang dan disebarkan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Sastera tradisional terbagai kepada puisi dan prosa. | Sastera | 22.09.2016 |
| Saya Zulkiflee Aromat sedang belajar bahasa dasar di Universiti fatoni ingin DBP,Apakah maksud puisi lama Terima kasih | Puisi lama disebut juga sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 22.09.2016 |
| saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasih | Puisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 08.09.2016 |