Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, soalan saya berkenaan format rasmi huruf besar dan kecil pada ejaan 'disediakan oleh'. Adakah "Disediakan Oleh" atau "Disediakan oleh". Terima kasih.Huruf pertama permulaan ayat ditulis dalam huruf besar. Contohnya “Disediakan oleh Anirul Barzam bin Zol Baharin”.Tatabahasa31.12.2014
Selamat sejahtera, Dalam penulisan laporan BM format SJK(c), bolehkah di akhir laporan sebelum diturunkan tandatangan murid menulis disediakan oleh, kerana selama ini saya mengajar murid-2 meulis Laporan disediakan oleh,..... TQDalam penulisan laporan biasa, maklumat laporan 'disediakan oleh' boleh diletakkan di akhir teks atau laporan tersebut. Maklumat  ' Disediakan oleh' ini juga boleh diletakkan di awal laporan, terutamanya bagi lakporan berskema atau laporan panjang. Lain-lain04.06.2008
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014
saya ingin bertanya kekeliruan 1) disediakan oleh: atau disedia oleh: 2) disemak oleh: atau disemakkan oleh: 3) disahkan oleh: atau disah oleh:Frasa yang betul ialah disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh kerana kata terbaitan yang wujud ialah menyediakan (bentuk pasifnya disediakan), menyemak (bentuk pasifnya disemak) dan mengesahkan (bentuk pasifnya disahkan).Tatabahasa02.05.2012
adakah disediakan semakan bahasa bagi persuratan tentera. jika tiada bolehkah diwujudkan atau menyediakan semakan bahasa bagi persuratan tentera di dalam laman sesawang ini.Untuk makluman tuan, DBP menyediakan penyemakan dokumen bahasa Melayu yang diuruskan oleh Bahagian Penguakuasaan, DBP. Untuk pertanyaan lanjut tentang perkara ini, tuan boleh menghubungi talian 03-2147 9100/9200 atau e-melkan pertanyaan tuan kepada kuatkuasa@dbp.gov.my.Lain-lain06.03.2024
Mohon pandangan penggunaan huruf besar di tengah ayat. Contoh ayat : 1) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik. 2) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik. Adakah penyedia perkhidmatan tersebut perlu menggunakan huruf besar?Penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut merupakan kata nama khas, termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik.”, perkataan  “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am, manakala dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik.”, perkataan “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf besar kerana “Penyedia Perkhidmatan E-dompet” merupakan kata nama khas.Tatabahasa17.06.2022
Sungguh sukar, soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya. Cerakinkan ayat tersebut kepada subjek dan predikat. Adakah guru saya (subjek) menyediakan soalan peperiksaan yang sungguh sukar itu (predikat)? Mohon jelaskan kenapa...Subjek ialah perkara yang hendak diceritakan. Predikat ialah penerangan kepada subjek itu. Dalam ayat:Sungguh sukar, soalah peperiksaan yang disediakan oleh guru saya, subjek atau perkara yang hendak diceritakan ialah "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya", manakala "sungguh sukar" ialah penerangan atau cerita kepada "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya" itu.Lain-lain08.09.2014
Adakah penggunaan kata sendi nama "dalam" dan "pada" dalam ayat berikut betul? contoh ayat: 1. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 2. Soalan hendaklah dijawab dalam kertas jawapan yang disediakan. Apakah perbezaan antara kedua-dua kata sendi nama? Sekian, Terima kasih.Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Dalm konteks ayat yang diberikan kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu. ayat pertama "Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan" adalah betul. Ayat kedua sepatutnya menggunakan sendi nama pada. (Soalan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan). Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: dalam hal, dalam keheningan malam, dalam mesyuarat, dalam bahasa kebangsaan.Tatabahasa29.02.2012
1. Abu membawa ( bekal/ bekalan) yang disediakan ibu ke sekolah ? 2. Seorang pelayan restoran menghidangkan semangkuk lauk ( kepada / untuk ) pelanggannya.1. Abu membawa bekal yang disediakan ibu ke sekolah.
2. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa13.02.2012
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Lukis satu graf garis suhu melawan masa pada kertas graf yang disediakan. 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. Sekian, terima kasih.1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan.Tatabahasa30.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas