soalan saya: 1.Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah perkataan 'disempurnakan' sinonim paling tepat :- a. dijalankan b.dilancarkan c.diselesaikan d.dilakukan | Jawapannya ialah 'Acara penutupan disempurnakan oleh..... Perkataan lain yang saudara/saudari lampirkan tidak tepat. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.05.2008 |
Mohon pencerahan penggunan perkataan Disempurnakan Oleh :... Adakah sesuai atau boleh digunakan oleh sesiapa sahaja atau sesuai hanya untuk bahasa diraja. | “Disempurnakan” bermaksud merasmikan (sesuatu majlis, istiadat, upacara dan sebagainya). Sehubungan dengan itu, perkataan “Disempurnakan oleh” boleh digunakan dalam konteks pelaksanaan program atau majlis yang dihadiri oleh seorang tetamu kenamaan yang mempunyai jawatan/hierarki/kedudukan yang paling tinggi walaupun program atau majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan. Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan “disempurnakan”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2034. | Lain-lain | 03.07.2024 |
Apakah ada perbezaan perkataan dirasmikan dan perkataan disempurnakan? adakah boleh diletakkan dua perkataan "dirasmikan" dan perkataan "disempurnakan" oleh dua orang yang berbeza dalam satu program | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1828 dan 2034, dirasmikan bermaksud mengumumkan atau mengisytiharkan (perkara, hal, pelantikan dan lain-lain) manakala disempurnakan bermaksud merasmikan (sesuatu majlis, istiadat, upacara dan sebagainya). Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks pelaksanaan program atau majlis. Dari sudut protokol dan pengurusan majlis, sesuatu program atau majlis akan dirasmikan atau disempurnakan oleh seorang tetamu kenamaan yang mempunyai jawatan/hierarki/kedudukan yang paling tinggi walaupun program atau majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada individu yang berbeza dalam satu program atau majlis tidak sesuai. | Makna | 21.03.2024 |
1. Sekiranya tajuk program "Majlis Perasmian" perlu digunakan ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" untuk nama perasmi? 2. untuk plaque perasmian sekiranya tiada tajuk "dirasmikan oleh" boleh guna ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" pada tempat sign? | Frasa "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" boleh digunakan untuk majlis perasmian dan pada plak perasmian. | Lain-lain | 30.08.2023 |
Salam 1.Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi menggunakan ayat yang sesuai untuk menggunakan istilah " disempurnakan oleh" dan "dirasmikan oleh" dalam sesuatu majlis. 2. Tatacara untuk menggunaan istilah Yang berusaha dalam salutasi ucapan seauatu majlis. Terima kasih | Secara umumnya, "Disempurnakan oleh" digunakan secara umum, manakala, "Dirasmikan oleh" untuk majlis yang melibatkan perasmian. Contohnya: Majlis Hari Inovasi sesuai digunakan "Disempurnakan oleh". Sambutan Bulan Kebangsaan pula sesuai digunakan "Dirasmikan oleh" kerana terdapat majlis perasmian. | Lain-lain | 07.10.2016 |
Minta menjelaskan kesalahan bagi ayat: Majlis pertabalan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daearh Yam. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Majlis pelantikan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Yam. | Tatabahasa | 08.12.2023 |
Salam sejahtera, soalan saya seperti berikut: 1. negara Malaysia atau Negara Malaysia ? 2. surat khabar atau suratkhabar ? 3. Majlis disempurnakan oleh sultan. atau Sultan ? 4.Buku itu dibaca oleh saya. Buku itu saya baca . mana saya betul ? 5. Buku itu dibaca oleh dia. Buku itu dia baca. Yang mana satu betul ? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. negara Malaysia 2. surat khabar 3. Majlis disempurnakan oleh sultan. 4. Buku itu saya baca. 5. Buku itu dibaca oleh dia. | Ejaan | 09.04.2011 |
Bolehkah pihak DBP menerbitkan ejaan dan istilah B.Melayu yang telah disempurnakan, bagi mengelakkan kekeliruan mesyarakat pengguna B.Melayu? Saya yakin sekiranya ini dapat dilaksanakan,ianya dapat mengatasi dan membantu pihak yang menceburi bidang penulisan dan guru-guru B.Melayu khususnya! | Kamus Dewan Edisi Keempat, Buku Daftar Kata Bahasa Melayu ( Rumi-Sebutan-Jawi), Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu merupakan buku yang boleh dirujuk tentang ejaan dan hukum tatabahasa bahasa Melayu. | Lain-lain | 16.01.2008 |
DBKL bercadang untuk mengadakan majlis sumbangan kepada komuniti KL yg libatkan persatuan penduduk dan surau yang akan disempurnakan oleh YB Menteri wilayah Persekutuan.. selain tajuk berikut untuk latar pentas MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KOMUNITI KUALA LUMPUR mohon cadangan tajuk lain yang bersesuaian. terima kasih | Tajuk yang dinyatakan di atas bersesuaian. Walau bagaimanapun, sekiranya sumbangan yang dinyatakan merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak tajuk seperti MAJLIS APRESIASI KOMUNITI KUALA LUMPUR boleh digunakan. | Lain-lain | 15.10.2021 |
Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen. | Makna | 01.08.2008 |