Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disepak

Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya,apakah ayat yang betul antara berikut: pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah ( disepak atau tesepak ) oleh pemain pasukan lawan.Pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah disepak oleh pemain pasukan lawan.Tatabahasa25.10.2016
jarak imbuhan `di` dan `ke` selalu menimbulkan masalah penggunaannya, mohon pihak tuan memberi tips mudah bagi penggunaan imbuhan tersebut ? terima kasih

"di" yang berfungsi sebagai imbuhan perlu dieja rapat. Contoh: dimakan, disepak,disediakan, dll, manakala "di" yang berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan tempat perlu dijarakan. Contoh: di atas meja, di sekolah, di pejabat, dll.   Begitu juga kata sendi nama "ke" yang menunjukkan tempat, atau arah, waktu atau masa perlu dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa yang mengikutinya. Contoh: ke arah selatan, ke kuantan, dari pagi ke petang, dll. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa12.07.2009
Jika DBP boleh berkrompromi dengan ejaan 1Malaysia yang sepatutnya dieja 1-Malaysia atau 1 Malaysia, saya mencadangkan agar DBP membuat penyelarasan ejaan semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan di- atau kata sendi nama di- dengan ejaan didekatkan agar tidak timbul kekeliruan pengguna bahasa Melayu. Contohnya disepak, diPerlis, disamping, diejek, diseberang, diMalaysia dan lain-lain.1Malaysia - dieja sedemikian kerana merujuk konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Ejaan seperti 1 Malaysia - lazimnya merujuk unit/bilangan/ukuran. Pengguna bahasa tidak akan keliru dengan penggunaan "di" kerana "di" yang berfungsi sebagai awalan perlu dieja rapat, manakala "di" sebagai kata sendi nama  dieja sebagai dua perkataan.Tatabahasa30.03.2010
salam, seperti yg sedia maklum perkataan "di" akan dijarakkan sekiranya menunjukkan tempat atau arah. tapi bagaimana dalam konteks ayat ini " dibawah sekyen 24", adakah oerlu dijarakkan juga?Harus dibezakan fungsi di sebagai kata sendi nama dan sebagai imbuhan. Di sebagai kata sendi nama hadir sebelum tempat atau arah seperti di bawah dan di timur. Manakala di sebagai imbuhan hadir sebelum kata kerja seperti dibuat dan disepak.Tatabahasa01.03.2012
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati.Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali".Tatabahasa29.08.2014
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
Penggunaan "di". Bila perlu jarak dan bila perlu rapat? Terima kasih.Harus dibezakan fungsi di sebagai kata sendi nama dan di sebagai imbuhan. Di sebagai kata sendi nama mesti dieja jarak dengan perkataan yang mengikutinya,hadir sebelum tempat atau arah contohnya  di bawah, di pasar, di timur. Manakala di sebagai imbuhan dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya, hadir sebelum kata kerja seperti dibuat, ditumbuk, dan disepak.Tatabahasa23.08.2017

Kembali ke atas