Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diserapkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah pembentukan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu?? Mengapakah terdapat perkataan yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu mempunyai perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak digunakan tetapi penggunaan bahasa Inggeris yang diserapkan digunapakai dalam penulisan serta komunikasi?Pihak DBP menerima bentuk kata pinjaman bertujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya kata yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, khususnya kata dalam bidang sains dan teknologi dibentuk melalui penyerapan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Pengguna bahasa sepatutnya dapat membezakan keperluan menggunakan kata asli dalam bahasa Melayu dan penggunaan kata pinjaman dalam urusan harian mereka.Tatabahasa27.03.2013
Mengapakah perkataan `e-mel`perlu ada tanda sempang (-)? Terima kasih.Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mail ialah kependekan perkataan electronic mail.Ejaan16.09.2008
1.kata 'mentor-mentee' atau 'mentor mentee'? 2. Dalam BM ada tak kata 'mentee'?Istilah mentee telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu dan ejaan yang betul ialah menti.Istilah20.05.2011
adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas?

Saudara,

Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan  "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan.  

Ejaan21.10.2010
Thaqafah atau tsaqafah?Perkataan tersebut tidak ada dalam pangkalan data kami.  Perkataan tersebut ialah perkataan bahasa Arab dan tidak diserapkan dalam bahasa Melayu.Ejaan04.04.2017
adakah wujud perkataan aqal di dalam penggunaan bahasa melayu malaysia?Dalam bahasa Melayu dieja akal, kata Arab yang telah lama diserapkan dalam bahasa Melayu.Istilah23.01.2015
Mengapakah istilah perabis ada dalam bahagian istilah malaysia tetapi tiada dalam kamus? (Clearance sale = jualan perabis, clearance fund = dana perabis). Apakah maksud perabis dan adakah kata dasarnya rabis? (pe- + rabis). Adakah ini diserapkan dari bahasa percakapan untuk dijadikan istilah khusus?Perabis stok merupakan istilah lama yang telah mantap penggunaannya. Sungguhpun demikan, pihak kami mencadangkan supaya menggunakan perkataan/istilah yang lebih tepat iaitu, Penghabisan stok.Istilah06.08.2018
Mengapa 'unit' ( bermula huruf u) dan 'yuran' ( bermula huruf y) sedangkan bunyi pada pangkal perkataan adalah sama? Saya tidak mengfokus kepada sebutan baku tetapi persoalan menjurus kepada aspek bunyi pertuturan.

Saudara,

Perkataan 'unit' ialah perkataan daripada bahasa Inggeris dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian huruf dengan mengambil kira bentuk bahasa sumber. Oleh yang demikian perkataan 'unit' tetap unit dalam bahasa Melayu. Perkataan yuran ialah perkataan bahasa Melayu dan bukan perkataan yang diserapkan daripada bahasa lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Ejaan19.12.2009
Program Mentor Mentee telah dijalankan di sekolah. Saya difahamkan bahawa perkataan sebenar 'Mentee' adalah 'Menti'. Sekarang saya sedang sediakan kertas kerja, saya ingin pastikan sama ada saya perlu menggunakan perkataan Mentee atau Menti. Mohon pencerahan.Istilah mentee telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu dan ejaan yang betul ialah menti.Ejaan29.08.2013
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010
123

Kembali ke atas